Friday, 10 October 2014

ACEH,, dalam kenangan.. ^^

BISMILLAH..
Assalamualaikum.. selamat pagi, salam jumaat.. 

Allah, lamanya aq tak update blog kan..? busy? adela sikit, tapi sebenarnya malas nak menaip.. hehe.. ok la, disebabkan terlalu lama blog ini sunyi tanpa sebarang update, aq nak update la something yang aq lalui sepanjang di Aceh.. ehh,,Aceh..?? Yes, Aceh.. Daerah yang pernah dilanda tsunami pada 26 Disember 2004.. hampir 10 berlalu, namun kesannya masih ada sampai sekarang.

Aq tak pernah pun mimpi akan sampai ke tanah tsunami itu, yes, Allah dah tentukan segalanya.. dan aq bersyukur sgt dpt menjejaki kaki ke Aceh... aq ke Aceh, bkn bercuti tetapi kerana program yg dianjurkan oleh sekretariat aq, SRM UNISZA.. Kami pergi seramai 22 orang pelajar dan 3orang pengiring selama 6 hari 5malam iaitu pada 2-8 Oktober 2014.. program ni dinamakn Travelog Ilmu dan Baksis di Aceh, Indonesia.. kami buat khidmat komuniti di sana, ibadat korban, sukaneka untuk kanak-kanak, lawatan ilmiah, dan melawat tempat-tempat bersejarah yang pernah dilanda tsunami..

untuk 3 hari yg pertama kami tnggal di rumah keluarga angkat iaitu keluarga kak dewi dan pak eddy,, MasyaAllah,, terlalu baik layanan mereka untuk kami. alhamdulillah, tempat tinggal yg selesa, makanan yang sedap, pengisian yang santai.. syukur sgt dpt kenal dgn kluarga pak eddy dan dapat knl org2 kampung.. yg paling aq xblh lupa adalah, kawasan rumah pak eddy tu,ya ALLAH, tenangnya kta sana, rumahnya dikelilingi sawah padi, berlatar belakangkan gunung Banjaran, langit yang membiru, tak tahu nak kata apa, memang cantik sgt2 kampung tu.. 




Cantikkan suasana kampung tu,, sawah padi yang mnguning dan langit yang membiru.. Subhanallah, indahnya ciptaanMU.. :)


Ok, sampai di sini dulu cerita dari Aceh, ada masa terluang aq update lagi.. :)
#aceh dalam kenangan.. <3 <3 <3

::aq::




No comments:

Post a Comment