Thursday 24 September 2015

Rindu Aceh :'(

Haiii.. First, Cik Qieyma nk ucp Selamat Hari Raya Aidiladha buat pembaca2 tersayang.. *maybe xde org yg bce kut blog nie.. Hehe..btw, hr ni genaplah setahun Cik Qieyma mencoret pengalaman di bumi Aceh.. Taun lps, Cik Qieyma beraya d bumi Banda Aceh.. Yup..suasana raya di sana sgt berbeza dengan di sini.. Ye la..nama lagi negeri org kan.. Mestila xsama dengan negeri kita.. hihi.
Rindu sgt dengan suasana sawah padi di Montasek,kalau diberi peluang lagi, pasti bumi Aceh bakal dijejaki lagi. In sha Allah,,doakan Cik Qieyma ya.. 
Ermmm.... Skrg ni musim walimah,ade sorang dua kawan Cik Qieyma yg bakal mendirikan masjid..dan ada juga yg dah jadi tunangan org secara mengejut,,aihh.. Untungla dia kan,, xde angin, xde ribut, tup tup, pihak lelaki datang utk ikat tali pertunangan..  Cik Qieyma doakan kalain kekal till jannah.. Aminn..
Cik Qieyma, bila nk kawen?? Haha.. Jangan ditanya soalan cepuperak tu,, deng xsanggup tuk membayangkan kenyataan itu.. Hurmm.. Sempat ke Cik Qieyma merasai hari tu? In sha Allah,, kalau Allah dah takdirkan, tetap bersama jugakkan..  tapi hati ni bolak balik sifatnya, hari ni mungkin ya, esk mungkin tdk.. Jadii,,hati, mohon kekal setia pada yg satu ya..::Allah:: 
Aihh,apesal la pjg sgt Cik Qieyma mencarut nie. Haha.. Ni la jadinya bila hati dh kacau,,  ok..stop sini la dlu.. Even banyak benda yg ingin diluahkan,tp bkn di medan sosial, biarlah luahan ini hanya didengar oleh Dia yg maha mengerti tentang perasaan ini..❤
Ok,,jom tidur dulu,, esk akan ke majlis walimah shbt baik Cik Qieyma.. ☺
Nite..
Kenangan di ACEH,, miss :'(

Thursday 10 September 2015

Dunia Internship..

Alhamdulillah,, genap 5 hari Cik Qieyma berpraktikal di Pusat Islam USM, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan.. 

ermm,, hari first berkerja di PI ni, terasalah kekok sikit, sebab suasana baru dan kawan-kawan baru.. tapi, hampir 5hari berada d PI ni, so far so good laa... staff sini pon peramah, lawak, mudah untuk Cik Qieyma bergaul.. Supervisor Cik Qieyma pon baik sangat-sangat..hihi,, Dah mula dapat sesuaikan diri dengan keadaan di ofis nie,, nasiblah staf-staf sini tak de yang muka ketat,,,huhu...

ok, sekarang ni Cik Qieyma tengah free,, xtau nak buat ape,, tetibe teringat kat my blog nie, so, Cik Qieyma update blog la hari nie,, kat sini majoriti staf lelaki, hanya ade seorang sahaja staff perempuan,, nasib Cik Qieyma praktikal sekali dengan kawan sekelas Cik Qieyma, namanya Sofiyyatulhusna.. so, xdela Cik Qieyma mati kutu sorang-sorang kat ofis nie kan..hehe,, hari nie, semua staff laki pergi solat hajat kat rumah salah seorang staff kat sini,, baru naik rumah la kot.. entah, Cik Qieyma tak tanye pulak ustaz tu dia buat solat hajat untuk ape.. huhu.. 

Alhamdulillha, Cik Qieyma dpt meja dan komputer sendiri, tapi komputer ni macam lembab sikit, so, Cik Qieyma bawak laptop la datang pejabat ni,, semalam dah connect wifi usm, so, memang boleh guna wifi dengan laju la,, hehe... Waktu bekerja kat sini adalah dari pukul 8.10am-4.55pm kecuali hari khamis yang mana boleh balik awl sikit iaitu pada pukul 4.40pm..hihi, hari ni hari khamis, so, boleh balik awal laa,,,kiki..tak sabar nak tunggu masa balik,,,hoho.. 

Ermm,, tu je la nk citer,, saje je, nak lari cikit dari citer pasal pengalaman Cik Qieyma kat Bandung tu,, hoho,, tak tahu bila akan siap sepenuhnya entri pasal Bandung tu, xde masa dan malas nak menaip panjang-panjang sebenarnye,,,huhuhu


Masjid USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian..

Saturday 29 August 2015

Pengalaman #bandoengtravelog (Hari kedua)


5/8/2015, jam 9 pagi:
Neng-neng gelis (bahasa sunda bermaksud gadis-gadis cantik >_<) udah bersiap-siap untuk memulakan aktiviti hari pertama di bumi Bandung.. tepat jam 9.15 pg, kami udah bertolak ke destinasi pertama hari tersebut iaitu ke Kawah Putih yang terletak lebih daripada 90 km daripada apartment kami..Tapi, sebelum itu, kami singgah di toko pulsa terlebih dahulu untuk membeli simkad telefon. So, banyak jugaklah masa yang dibuangkan disitu.. huhu,, tapi ngak apa-apa, demi kepentingan dan kemudahan kami jugak kan. J

Then, kami meneruskan perjalanan ke Kawah Putih.. menurut pak google yang aku jumpa, Kawah Putih merupakan sebuah danau yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha..Tanah yang bercampur belerang di sekitar kawasan ini berwarna putih yang menyebabkan warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan dan apa yang unik dari kawah ini adalah airnya kekadang berubah warna. Warna apa tu, aku tak pastila pulak.. udara di sana masyaAllah, sejuk bangat! Siap keluar asap lagi masa bernafas tu.. dan kami dikehendaki memakai ‘mask’ untuk mengelakkan dari terhidu sulfur yang kuat..almaklumla, kawasan gunung berapikan tu.. dah macam ahli forensic dah kami 9 orang nie,, hehe…  view di kawah putih, memang tak dapat nak disangkal lagi, seperti yang aku baca di blog-blog sebelum ini, kawah putih memang cantik, bukan sahaja cantik, tapi sangat-sangat cantik..! air kawah yang hijau kebiruan tu, sangat menenangkan.. pasir yang keputihan, sangat mensucikan.. andai kawah putih wujud di Malaysia, confirm tiap-tiap hari aku pergi,,, haha.. macam over la pulak kan.. :P tapi, sungguh, xtipu langsung,, kawah putih cantik sangat!! Maha besar kekuasaanMU, Alhamdulillah, kami diberi kesempatan untuk melihat keindahan ciptaanMu,, thankz Allah.. J


Subhanallah, cantiknya air kawah tu.. biru keputihan,, hanya di Bandung!


Dari kiri: Neng Najwa, Neng Epy, Neng Qieyma, Neng Ain, dan Neng Mariyah..
we are freinds till Jannah.. insha Allah <3




Setelah puas bergambar, berposing, menikmati pemandangan di sana, now, masa untuk kami mencari makanan..haha.. sebenarnya, orang kata, kat kawah putih tu jangan duduk lama sangat nanti bau sulfur yag dihidu tu tak elok untuk kesihatan kita,, lau dah rasa mual-mual or pening-pening, better korang terus naik atas.. jangan duk lelama sangat kat situ yaa… owh,, ya.. lupa nak habaq, udara kat sini sejuk sangat2,, suhu lebih kurang 21 darjah selsius..

Sebelum pergi makan, pak supir kami bawa kami ke ladang teh dulu,, tujuannya?? Ermm,, ofkos la untuk bergambar.. gambar tu kan wajib… hehehe.. ladang teh apa yang kami posing tu aku tak pasti la pulak, dah orang suruh posing, kita posing je la kan.. :P bajet cam duk di Cameron Highlands la,, walaupun aku tak pernah sampai lagi di Cameron tu,,huhu…

cantik kan.. :)




Kami berhenti makan dan solat di Restoran Saung Gawir.. Aa Heri bilang, nasi timbel disini enak sekali,, so, apa lagi, kami oder nasi timbel la… dan aku minum jus sirsak.. tau ngak apa itu jus sirsak? Sirsak tu durian belanda la.. yummy yummy.. betul la kata Aa Heri, nasi timbel memang enak, di tambah lagi dengan jus sirsak yang memang rasa buah pior tu.. fuhh,, boleh naik berat aku lau duk d Bandung nie lelama,, uwa uwa..  satu yang aku suka tentang minuman Bandung, jus tu adalah dari buah yang pior, pekat, rasanya macam makan buah yang sebenar.. tp harganya murah je, dalam RM3 duit malaysia je,, murahkan tu…

inilah dia rupanya nasi Timbel komplit,, sedap sangat,, boleh diterimalah oleh my tekak,,hihi


Then, kami meneruskan lagi perjalanan kami ke kilang kain sulam.. lau datang Bandung, memang tak sah kalau tak bawa balik kain sulam untuk keluarga atau sahabat handai tau.. nama kilang nia ialah Bidadari..pemilik kilang di bukan Islam, mybe Cina kut, tapi aku pon xsure la.. ok,, memang lama sangat kami kat sini, dari lepas asar, sampai la pkul 8 baru bertolak pulang ke apartment.. harga kain sulam kat sini memang murah sangat-sangat.. sekitar RM 32-RM40 je sepasang,.. aku sempatla borong 7pasang, tu pon sebab sepupu aku yang kirimkan, lau tak,  aku borong untuk ma n adik aku jer,, agar ratus ribu jugaklah habis untuk kain sulam nie,, haha,, xpela, bila lagi nak beli kain sulam kan,, lau kat Malaysia, 100 lebih kut sepasang..memang aku tak beli laa..huhu..

Macam-macam ‘peel’ kawan-kawan aku ni, sepanjang memilih kain sulam tu,, haha… mana taknya, rambang mata weh.. aihh,, aku pon terjebak sekali.. dah la banyak, macam-macam warna, macam-macam corak, macam-macam jenis kain, pening den nak memilihnya.. uwa uwaaa.. yang paling melucukan, ada sorang kawan aku nie, mula-mula tu ambik 3-4 pasang kain, tapi last-last, bayar sepasang je… haha.. (maaf demo deh, nak dedikasi kisah demo dale blog kawe ni, mintak halal deh,, hehe) yang sorang lagi, rancangnya nak beli 2pasang je, tapi bila bayar, 4 pasang.. lari bajet katanya… haha,, macam-macam la korang nie,,, pape pon, itulah yang menceriakan pengalaman kita kan…hihi~

semua cantik2 kan,, aihh,, xtau nak pilih yang mana..huhu





Setelah siap semuanya, Aa Heri bawa kami makan malam.. sebenarnya nak makan bakso, tapi kedainya udah tutup.. esok aja la baksonya..~ untuk pengetahuan korang juga, kebanyakan kedai di Bandung nie tutup awal,, biasenya kedai makan tutup pada pukul 9 malam.. so, kalau korang nak makan malam tu, better lepas maghrib terus pergi makan, lambat kan tidur dalam kelaparan pulak korang.. huhu.. lepas makan malam, kami terus pulang ke apartment.. masa untuk berehat..~

Kisah kami di hari kedua tidak habis di situ.. hehe.. di apartment, kami sambung meeting@post moterm (macam dalam program la pulak,, :P) remaind balik perjalanan kami hari tersebut dan kira hutang atau duit-duit yang digunakan pada hari tersebut dan kutip duit tiket lawatan untuk keesokan harinya,, part duit ni yang problem dan banyak memerah otak sikit.. mana taknya, kira duit beribu-ribu sampai juta kut..hehe…

Ok,, bila semua dah settle, kami bersihkan diri dan tidur dengan lenanya… kumpul tenaga untuk jejalan keesokan harinya pula…

Memori hari pertama di Bandung selamat tercipta,, tunggu hari kedua di entri seterusnya….

Bhai bhaii…
Ditulis pada:

20/8/2015 jam 9.00 am
by: QN

Tuesday 18 August 2015

Pengalaman #bandoengtravelog (Kisah Di BANDUNG- hari pertama)


Assalamualaikum…hai,,haii... ^_^
Hampir seminggu dah Cik Qieyma balik dari melancong di Bandung, Indonesia… yepp,, best sangat moment kat sana. Mana taknya, first sampai di Lapangan Terbang Sastranegara, Bandung setelah turun dari kapal terbang, kami terus di sapa oleh bayu sejuk dan berangin. Allah, sejuk sangat udara kat sana. Suhu ketika itu lebih kurang  24 darjah selsius. Kami tiba di sana dalam pukul 8.50pm waktu Bandung. Perjalanan dari KL-Bandung ialah selama 2 jam sahaja. Sampai je kat sana,selepas pemeriksaan imigresen, kami terus cari pak supir kami. Tak susah pon nak cari, sebab beliau dah sedia menunggu kami sambil memegang kertas yang bernama Najwa Rosli iaitu kawan Cik Qieyma yang menguruskan pakej pelancongan dengan Kiki Bandong Transport.


Ni lah dia kertas nama yang dipegang oleh Aa Heri ketika menunggu kami di
Lapangan Terbang Sastranegara, Bandung..



Selamat mendarat di bumi Bandung,, yeayy..!! ALHAMDULILLAH



Lebih kurang jam 9.30 pm, pak supir kami merangkap tour guide kami selama di Bandung yang lebih senang di panggil Aa Heri, terus bawa kami makan malam. Nama tempat makan tu Cik Qieyma lupa laa pulak, huhu.. tapi kat sana kami dihidangkan dengan makanan padang. Untuk pengetahuan korang, makanan padang ni ade banyak jenis lauk-pauk dan akan dihidangkan semuanya atas meja. Tapi jangan risau, sebab bukan semuanya perlu dibayar. Yang perlu dibayar hanyalah yang kita makan atau sentuh sahaja. So, Cik Qieyma dan the geng terus asingkan awal-awal makanan yang kami tak nak makan, so hanya ambil yang mahu dimakan sahaja. Rasa?? Ermm,, boleh tahan la pedasnya.. ekceli, Cik Qieyma xsuka makanan yang pedas-pedas nie, almaklumla, ore kelate kea, buleh makey makanan hok manis jah… huhu… harga makanan ni boleh tahanla mahal dia.. setelah dikira lebih kurang rm9.00 lebih seorang, tu kalau duit Malaysia la… termasuk tax 10%,, huhu.. dan untuk pengetahuan korang jugak, kebanyakan restoran di Bandung ni semuanya dikenakan tax sebanyak 10%, so lau makanan tu mahal sikit, jangan terkejut la yaa.. :P
                  
                        

Menikmati makanan padang..hampir 20jenis lauk yang dihidangkan..



Setelah kenyang dan solat di restoran tersebut, kami terus menuju ke tempat penginapan kami iaitu Gateway Apartment. Sebelum ini, memang Kiki BandungTransport ada whatapps gambar apartment tu, memang cantik dan nampak selesa je.. tapi, setelah sampai dan kami tengok sendiri rupa apartment tersebut, masya Allah, sangat lah cantik, selesa dan in sha Allah keselamatan terjaga.. mana taknya, memang betul-betul apartment mewah, seperti gambar yang dihantar oleh Mas Kiki dan seperti yang kami lihat di google image. Satu tips penting kalau korang nak tempeh tempat penginapan, lebih baik korang google dulu tentang tempat penginapan tersebut, bukan apa takut-takut tempat tersebut merbahaya atau tidak seperti yang korang bayangkan. Alhamdulillah,, kami sangat-sangat berpuas hati dengan apartment yang disediakan oleh Kiki Bandung Transport, *credit to Kiki Bandung Transport J tempat penginapan kami juga turut dijaga oleh pekerja Kiki Bandoeng Transport, iaitu Ipin, jika terdapat masalah dengan apartment tersebut, kami boleh rujuk kepada Ipin.




 Bilik utama apartment kami..



Bawah aparment ada kolam renang,, waa.. bestnyeee... 



 So,, setelah seharian perjalanan kami dari Malaysia ke Bandung, tibalah masanya untuk kami merehatkan badan dan mengumpul kembali tenaga untuk digunakan keesokan harinya.. ocei(bahasa Sunda),, smpai disini dulu entri kali nie,, next day Cik Qieyma sambung lagi yaa,,

Bhaii,,
#bandoengtravelog
18/8/2015


Friday 14 August 2015

Mimpi Jadi Nyata..

Assalamualaikum guys,, 

uwa, uwa... lama bangat sih blog tak diupdate..
ehh,, nape tetibe Cik Qieyma ngomong Indon ya..? hehe,, btw,, Cik Qieyma baru aja pulang dari wisata di negara jiran, Indonesia, iaitu di kota Paris Van Java, Bandung..!!

Alhamdulillah, impian nak jejaki kota bandung menjadi kenyataan jugak akhirnya... Syukur sangat, diberi peluang untuk melihat sendiri bumi Bandung yang dikatakan sebagai syurga membeli-belah.. makanya, tidak hairanlah hampir 3juta rupiah duit Cik Qieyma melayang di bumi bandung kan.. aihh,,, jadi papa kedana kejap setelah balik ke Malaysia nie... huhu.. Ngak apa-apa la,, orang kata duit boleh dicari, tapi pengalaman dan peluang hanya datang sekali seumur hidup kan.. ^_^

Pada entri kali ni, Cik Qieyma just nak rungkai, bagaimana Cik Qieyma boleh melancong sampai ke Bandung sana... aihh.. Cik Qieyma kan student lagi, sebelum ni, nak pergi jejalan luar dari Malaysia hanya tinggal mimpi je la.. tapi, mimpi itu udah jadi realiti kok,, sebabnya..?? hihihi,, meh cek nak habaq nie.. 

Alkisahnya.. awal sem yg lepas iaitu semasa sem 6, kawan Cik Qieyma, iaitu geng yang sekaki sejiwa yang suka 'berderak' :p membuat tawaran dalam whatapps yang tiket flight ke Bandung murah,, so, dia tanya, sape2 yang nk join g Bandung, boleh bg nama pada dia.. so, Cik Qieyma apa lagi. terus mesej my boss, tanya boleh x nak pergi bandung? my boss terus je bagi izin,, Alhamdulillah, tq abah,, luv u.. muahh<3 hehe.. 

Begitulah alkisahnya,, kisah seterusnya nanti Cik Qieyma update lagi yaa.. :)

14/8/2015
~QN~

9 Neng Gelis Kelate meneroka Bandung..