Sunday 19 October 2014

Tentang Hati Lagi... <3

Dah baca tajuk? Ok,,sebenarnye aku memang suka berbicara pasal hati.. Kenapa hati?? Sebab hati adalah kunci kepada kehidupan kita.. Tanpa hati, kita takkan menjadi diri kita pada hari ini..

Hurm,, lately ni, hati aku mudah sangat terasa dengan orang disekeliling aku.. Aku tak tahu kenapa, lau ade benda yang aku tak suka, aku terus diam, atau aku jadi cepat melenting.. Walaupun benda tu xde pon kaitan dengan dia,tp dia la yg sllu menjadi mgsa.. Huu,,bila fikir balik, jahatnye aku.. Dia xde buat salah pon,tapi dia yang kena tempiasnye..tapi, dia tetap sabar dengan aku.. N mjur la dia dah faham prangai aku..huhu

Ermm.. One more thing,, lately ni jgk aku mudah menangis.. Especially, bila aku ingatkan dia,terbaca status dia di wechat o tgk gambar2 dia.. Huu,, letih la camni.. Smpai bila air mata ni nak mengalir kerana dia.. ?
Allah,,ampuni aku, aku lemah dln mgawal perasaan aku..btw, aq nk luah jgk, yup, aq terlalu rindukan dia,, dia yg belum tentu lg akan jd milik aku atau x.. ;(

#awk,,sy tahu, awk takkan bace blog sy, sbb tu la sy berani luah kat sini..lau sy luah kat fb o wechat,awk akn cpt je tahu akan kedaan sy..so,, blog adlh medium yg mnyimpan perasaan sy kat awk.. Maaf ekk,, sy perlu rahsiakan dlu blog ni dr awk.. ^^
::pabila kepala dah ting tong:: ~.-
::aq::

Friday 10 October 2014

ACEH,, dalam kenangan.. ^^

BISMILLAH..
Assalamualaikum.. selamat pagi, salam jumaat.. 

Allah, lamanya aq tak update blog kan..? busy? adela sikit, tapi sebenarnya malas nak menaip.. hehe.. ok la, disebabkan terlalu lama blog ini sunyi tanpa sebarang update, aq nak update la something yang aq lalui sepanjang di Aceh.. ehh,,Aceh..?? Yes, Aceh.. Daerah yang pernah dilanda tsunami pada 26 Disember 2004.. hampir 10 berlalu, namun kesannya masih ada sampai sekarang.

Aq tak pernah pun mimpi akan sampai ke tanah tsunami itu, yes, Allah dah tentukan segalanya.. dan aq bersyukur sgt dpt menjejaki kaki ke Aceh... aq ke Aceh, bkn bercuti tetapi kerana program yg dianjurkan oleh sekretariat aq, SRM UNISZA.. Kami pergi seramai 22 orang pelajar dan 3orang pengiring selama 6 hari 5malam iaitu pada 2-8 Oktober 2014.. program ni dinamakn Travelog Ilmu dan Baksis di Aceh, Indonesia.. kami buat khidmat komuniti di sana, ibadat korban, sukaneka untuk kanak-kanak, lawatan ilmiah, dan melawat tempat-tempat bersejarah yang pernah dilanda tsunami..

untuk 3 hari yg pertama kami tnggal di rumah keluarga angkat iaitu keluarga kak dewi dan pak eddy,, MasyaAllah,, terlalu baik layanan mereka untuk kami. alhamdulillah, tempat tinggal yg selesa, makanan yang sedap, pengisian yang santai.. syukur sgt dpt kenal dgn kluarga pak eddy dan dapat knl org2 kampung.. yg paling aq xblh lupa adalah, kawasan rumah pak eddy tu,ya ALLAH, tenangnya kta sana, rumahnya dikelilingi sawah padi, berlatar belakangkan gunung Banjaran, langit yang membiru, tak tahu nak kata apa, memang cantik sgt2 kampung tu.. 




Cantikkan suasana kampung tu,, sawah padi yang mnguning dan langit yang membiru.. Subhanallah, indahnya ciptaanMU.. :)


Ok, sampai di sini dulu cerita dari Aceh, ada masa terluang aq update lagi.. :)
#aceh dalam kenangan.. <3 <3 <3

::aq::




Friday 13 June 2014

Pesanan buat awak

Assalamualaikum....haii,,guys...
Lamanya Cik Qieyma menyepikan...hehe,,bukan menyepi pun,tapi lately nie Cik Qieyma busy sgt dengan kelas, assignment,final exam dan program lagi...
Hurmm,,kali ni Cik Qieyma nak post something untuk sahabat Cik Qieyma...nie macam puisi untuk sahabat la...ecece ^_^
Selamat membaca la yea.. !

Ku nampak kedukaan di wajahmu
Ku tahu engkau sedang menanggung beban
Ku mengerti dikau dalam kebuntuan
Namun, apa dayaku untuk meringankan bebanmu
Apa pertolongan yang bisa aku hulurkan
Ku tahu sahabat,
Derita yang kau tanggung sangat menguji hati dan imanmu
Ujian itu terlalu berat untukmu
Tiada apa yang bisa ku bantu
Melainkan cebisan doa untukmu..

Aku lemah, tidak mampu membantumu walau sedikit pun
Aku jahat, tidak bisa menyelesaikan masalahmu
Aku juga gagal menjadi sahabat yang terbaik untukmu
Sungguh, aku kasihan akan dikau
Aku kasihan akan masa depanmu
Aku bimbang dengan tindakan yang bakal engkau lakukan...

Walau apa pun,
Ku tetap berharap
Agar engkau tabah dalam menghadapi ujian itu
Engkau wanita mulia
Sbab itu engkau diuji
Engkau insan terpilih
Sebab itu engkau terpaksa menghadapi ujian itu..
Kuatkan hatimu, kuatkan imanmu
Kebahagiaan akan menjadi milikmu
Suatu hari nanti
Tidak di dunia, di syurga sudah pasti :)

#awak,,sabar yea...Allah sayang awak sebab tu awak di uji... <3

Monday 21 April 2014

Siapakah Rabiatul Adawiyah?

Assalamualaikum wahai para pejuang Islam.. :)
semalam kawan baik Cik Qieyma bertanyakan tentang Rabiatul Adawiyah.. Erm,,korang tahu tak siapa Rabiatul Adawiyah ni?tak tahu, meh Cik Qieyma nak kabo..hehe.. 

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja.
Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.

Inilah antara serba sedikit tentang siapa itu Rabiatul Adawiyah. Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi tentang kisah-kisah serikandi Islam yang agung ini, korang boleh baca entri ni:  http://srikandislambicarakita.blogspot.com/2011/12/rabiatul-adawiyah.html


Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi
agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.

Biarlah kita tak sehebat dan sewara' Rabiatul Adawiyah asalkan kita tetap berusaha untuk cuba menjadi sehebat dan sewara' beliau.. ^_^

Friday 18 April 2014

Don't Be SAD



La tahzan…
kenapa harus bersedih? Sedangkan kita berhak untuk bahagia.. apa yang menyebabkan kita sering bersedih..? kerana hati kosong? Isilah dengan zikrullah, kerana putus cinta? Carilah cinta DIA.. kerana masalah yang menghimpit? Redhalah dengan apa yang berlaku.. sungguh, bahagia itu untuk kita, Cuma kita sahaja yang tidak tahu bagaimana untuk membahagiakan hati.. andai kau bersedih, ingatlah masih ada lagi insan lain yang lebih sedih daripadamu..andai engkau sedang terluka, ingatlah masih ramai lagi yang lebih terluka dari dirimu.. ujian?? Memang akan dialami oleh setiap manusia sesuai dengan kesanggupannya..bukankah Dia telah berfirman yang bermaksud:

"Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah : 286)

Nah, apabila di uji dengan pelbagai ujian, jangan pula lupa untuk minta pertolongan dari DIA. Sabar, adalah penawar yang paling mujarab untuk menghadapi ujian tersebut. Jangan pernah kalah dengan ujian tersebut, berhadapanlah dengannya dan kuatkan hati untuk menghadapinya. Innallahama ana J

“Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)

Selain menenangkan jiwa, sabar juga dapat menstabilkan jiwa dan hati yang sedang gundah. Yakinlah dengan janjinya bahawa sabar itu manis. Teruslah bersabar kerana sabar penawar kedukaan..


 #hati kita ini tidak pernah kosong, jika ia tidak diisi dengan ketaatan, bererti di dalamnya ada kemaksiatan.
                                            
“Ya Allah, aku berlindung padaMU dari rasa sesak dada dan gelisah, dan aku berlindung padaMU dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMU dari sifat pengecut dan kedekut, dan aku berlindung padaMU dari lilitan hutang dan dominasi manusia” -ameen-


#coretanhatisheila#


Tuesday 15 April 2014

Kejutan La Sangatt..

Assalamualaikum...

Lagi 5 mggu akan berhadapan dgn final exam..study??ntah ke mana lg..huhu,,tgh pening dan sibuk dgn esaimen..dan program pon agak byk jgk sem nie..harap2 dgn kesibukan yg melanda ini tdk mengganggu pelajaran aq^^

Actually,,pg2 lg aq dah badmood..mana x tnye, dpt msj,sruh buka wasap,,bila buka je, wasap..dpt gmbr dr seseorg..erm,,memg aq terkjut dgn gmbr tu..sbnrnye lbh kpd malu..huhu,,ade plak dy ambk gmbr aku secara curi..aishh,,mrajuk la kjp,kononnya..hehe,tp aq xmarah pon,,cume mcm yg aq gtau td,,malu! hrp2 lps nie dy xbt lg,,sbnrnye,bkn dia pon,,tp kwn2 dy..isshh,,saje2 je nk kenakan aq...+_+

Emm,,biarlah,bnda dh lps...huhu...sory la awk, sy pantang lau org ambk gmbr curi nieh..huhu...tp,mjur xde yg prsan mood aq xok pg td.. ^_^

Ok,,kesimpulannya,,nak buat kejutan tu tak salah, tp biarlah dgn cara dan keadaan yg betul..sy hrgai kejutan yg awk buat, tp tlg,,jgn bt cmtu lg lps nie...huhh.. :(

#semakin rapat kita dgn seseorang, semakin kita knl siapa dy yg sbnrnye,, 
trima ksih krn jujur..

::QN::


Tuesday 8 April 2014

JODOH...??



Dalam hidup, kadang-kadang kita lebih banyak mendapat apa yang tidak kita inginkan..begitu juga dengan jodoh, kekadang kita membayangkan hidup kita bersama dia, tetapi sebaliknya yang terjadi.. Allah pertemukan kita dengan orang salah untuk kita belajar tentang kehidupan, kerana dalam hidup ini tidak semudah yang kita impikan, tetapi sekiranya Allah pertemukan kita dengan orang yang tepat, Dia mahu kita belajar tentang syukur agar kita takkan mudah senang dengan kehidupan ini.. semua itu adalah perancangan DIA,, DIA yang berhak dengan siapa patut kita temui..

Jodoh,, jangan terlalu memikirkan sangat tentangnya..kerana jodoh adalah urusan DIA, biar DIA yang tentukan,, Jodoh adalah rahsia DIA, biar DIA yang bongkarkan.. apa yang patut kita fikirkan adalah bagaimana untuk kita persiapkan diri kita untuk bertemu dengan jodoh kita.. Bagaimana kita, begitulah jodoh kita..jangan risau tentang siapa dia, di mana dia dan bila kita akan dipertemukan kerana itu sememangnya akan kita ketahui sedikit masa lagi..kalau tidak di dunia, di syurga sudah pasti.. saat ini, kita perlu lebih memikirkan tentang masa depan kita..memang betul jodoh adalah sebahagian daripada masa depan kita, tetapi biarlah jodoh menjadi rahsia DIA.. perjalanan hidup ini baru sahaja bermula, banyak lagi perkara lain yang perlu kita fikirkan,, biarlah kita berbakti kepada kedua ibu bapa terlebih dahulu sebelum kita berbakti kepada jodoh kita..

Jangan sedih andai diri belum berpunya, jangan berputus asa andai cinta tidak kesampaian, jangan gusar andai diri masih lagi menyendiri, yakinlah akan janji DIA,, setiap manusia mempunyai pasangannya masing-masing..cuma masanya sahaja yang berbeza..teruslah menunggu dengan sabar, di akhirnya engkau akan menemui kebahagiaan..^^

#Jangan terlalu menyayangi seseorang itu selagi tidak ada ikatan yang sah kerana jodoh bukan di tangan kita. Alangkah membazirnya kehidupan kita jika kita mencintai orang yang belum pasti jadi milik kita dan akhirnya kekecewaan menguasai kita.



::BUAT AWAK YANG SEDANG MENANTI CINTA, BUAT AWAK YANG SEDANG KELIRU DENGAN PERASAAN SENDIRI, BUAT AWAK YANG SEDANG DILAMUN CINTA ATAU BUAT AWAK YANG SEDANG MENUNGGU BELAHAN JIWA,, YAKINLAH..DIA PASTI AKAN MEMPERTEMUKAN AWAK DENGAN SI DIA,MOGA KEBAHAGIAAN MENJADI MILIK KITA BERSAMA<3<3<3

with L.O.V.E,
::QN::

Monday 7 April 2014

Kisah semalam..


Sekarang nie, Cik Qieyma tengah cuti midsem..erm,,seperti tahun lepas,tahun ni pun Cik Qieyma bawa balik kawan ke rumah.. kali ni Cik Qieyma bawa balik bff Cik Qieyma yang  belajar sekali dengan Cik Qieyma di UniSZA..,so,boleh la Cik Dib kenal-kenal ore Pasir Mas..hehe..erm,,kejap je Cik Dib duduk di rumah Cik Qieyma sebab dia nak balik rumah tok dia kat Bachok pula..huhu,,tapi walaupun hanya 4hari 3malam je Cik Dib duduk di rumah Cik Qieyma, banyak masa yang kami manfaatkan bersama.. ececece…tapi,seyes,,kehadiran Cik Dib di rumah Cik Qieyma menyebabkan adik-adik Cik Qieyma terutamanya si kecil Humaira tu asyik ketawa dan nak main dengan Cik Dib je..aishh,,jeles pulak Cik Qieyma tengok,,hehe,,takde la,, Cik Qieyma suka je tengok  si Humaira tu terlebih ceria dari biase ^_^

Erm,,kalau tak silap Cik Qieyma, dua malam terakhir,kitorang habiskan masa dengan sesi “luahan perasaan” haha..itu istilah yang kami panggil la..sebenarnye lebih kepada berkongsi rasa hati dan pendapat tentang kisah hidup kami..ye, betul,kisah hidup kami amat berbeza dan maybe perbezaan itulah ynag lebih merapatkan persahabatan kami…Cik Qieyma bukanlah seorang yang suka meluahkan apa yang dia rasa sebab Cik Qieyma lebih suka pendam dari luah,tapi bila bersama dengan Cik Dib nie, Cik Qieyma jadi seolah-olah orang lain, sebab dengan Cik Dib je Cik Qieyma bercerita tentang kisah hidup ataupun bagitahu tentang apa yang Cik Qieyma rasa…Cik Dib lah satu-satunnya kawan Cik Qieyma yang berani paksa Cik Qieyma untuk bagitahu apa yang Cik Qieyma rasa..

”TENGS DIB,, mg dah buat aq jadi ore len,,buke diri aq sendiri.. tp, xpe, aq xmaroh pon ko mg..haha”

Dalam bersahabat, pasti ada ujian..samada ujian untuk menjauhkan persahabatan itu atau untuk merapatkan ukhuwah itu..Alhamdulillha, selama aku bersama dia, persahabatan kami masih lagi baik malah bertambah erat…Aku bersyukur sangat dipertemukan insan seperti dia,,seorang yang jujur, ikhlas, baik, penyayang dan otak gila2.. :P moga ukhuwah yang bermula dengan BISMILLAH ini akan berakhir dengan INNALILLAH,,
    :::Aku saye mu Dib,, <3

Wif dia>>at PANTAI BACHOK ^^ 6/4/14



Saturday 5 April 2014

T__T

Adakalanya kita cuba lari dari cinta
Tapi jiwa yang bergelora
Sepi dahagakan kasih sayang
Lalu memaksa kita menyambut kehadiran cinta

Adakalanya kita cuba lari dari rindu
Tapi sayang yang berputik di hati
Meronta resah tak menentu
Lalu memaksa kita menerima kenyataan
Sesungguhnya hati ini memerlukan cinta

Dan kasih sayang

(dipetik dari sebuah buku, tapi tak ingat buku pe..huhu,,)
tapi memang betul pon kan,,kekadang kita cuba lagi dari sesuatu,tapi ia sering mengejar kita...semakin kita cuba untuk lari darinya, semakin kuat ia mneghampiri kita,,semuanya terpulang kepada kita bagaimana untuk kita hadapinya dan menerima sesuatu itu.. ^^

k,,nite..!

::TANPA CINTA, TAKKAN WUJUD MANUSIA DI DUNIA INI::

Monday 31 March 2014

AQ VS FB

Assalamualaikum,
kali nie, Cik Qieyma nak kongsi sikit tentang amalan harian kita,,boleh tak?kalau tak boleh pun, Cik Qieyma nak kongsi jugak..hehe ^_^

Ok,guys..mesti korang semua ada akaun FACEBOOK kan??tipu lah kalau muda-mudi zaman sekarang masih tidak mempunyai FACEBOOK atau lebih dikenali dengan FB..Cik Qieyma pun ada FB..nak tahu nama apa FB Cik Qieyma, cer klik kat link nie https://www.facebook.com/qieyma ^_^ ehemm,,dah klik tu,jangan lupe la nak add pulak yea.. hehe..

Cik Qieyma nak tanya, setiap hari,berapa kali korang online FB? mana banyak korang buka FB atau korang buka AQ dalam sehari..? Cuba muhasabah diri kita, dalam sehari pernah tak kita baca surat cinta DIA..? ada tak kita mewajibkan diri kita untuk membaca sekurang-kurangnya sehelai AQ sehari?berbanding dengan FB, berapa banyak kita cek status orang, like page orang atau berapa kali kita update status dekat wall kita setiap hari? ALLAHU RABBI, mudahnya kita lalai dengan nikmat duniawi..kita hanya nampak keseronokan dunia, tetapi kita buta akan keseronokan akhirat..pantaskah kita untuk mendapat tempat di syurga DIA..? berhakkah kita untuk menjadi penghuni firdausi di akhirat kelak..? jom, kita sama-sama muhasabah,,kepada yang memang telah sebati dengan AL-QURAN, alhamdulillah,,Cik Qieyma harap korang boleh istiqamah dengan bacaan tersebut, kepada yang jarang-jarang atau kadang-kadang buka AL-QURAN, apa kata mulai dari sekarang kita cuba berjinak-jinak dengan surat cinta DIA..buat sekadar mampu sahaja..Cik Qieyma pun sedang menuju untuk mengejar syurga DIA, Cik Qieyma tidak mahu masuk syurga sorang-sorang sebab itulah Cik Qieyma nak ajak korang masuk syurga jugak,,JOM, KITA MASUK SYURGA SAMA-SAMA YEA..^_^

::AQ vs FB::

Keliru~~

Allahu rabbi...perasaan itu datang lagi...ape yang harus aku lakukan..? Untuk berterus-terang aku jadi serba salah..tapi kalau didiamkan,hati aku yang akan keliru...demi menjaga hubungan ini aku diamkan dahulu..tapi sampai bila? Semakin hari semakin banyak yang kami kongsikan..tapi pada masa yang sama aku rasa bersalah sangat...ikhlaskah aku dalam perhubungan ini? Aku tahu,dia bersungguh sangat dalam menjaga hati aku,tapi aku? Buat layan tak layan je..tapi, bukannya aku taknak layan, aku takut,kalau aku semakin layan dia,kami akan semakin lagha,,lebih baik beringat sebelum perkara yang lebih teruk berlaku antara kami...hurm,,aku dah letih fikirkan benda nie...

#Sheila,tetapkan hati...~_~

.::untuk awak, maaf andai saya sering mengelak untuk memberi jawapan kepada soalan awak..i need a time =)

Friday 28 March 2014

Awak,dengar nie..

Assalamualaikum...
Haii,awak..yea,awak la..yang tengah baca entri ni.. ^_^
Awak,saya nak pesan kat awak..saya sayang sangat awk<3. Saya tak suka tengok awak bersedih je. Saya nak awak yang dulu. Yang selalu hepi dan sering buat lawak.

Awak,ingat pesanan saya nie. Tak salah mencintai seseorang itu,tapi jangan kerana cinta awak buta akan kebenaran. Awak,anggap apa yang dah terjadi sebagai pengajaran untuk diri awak. Jangan kerana sayang dan cinta awak masih lagi berharap agar dia akan menerima awak. Lupakan dia,bina hidup baru .hidup yang akan memberi lebih makna dan ketenangan untuk awak.

Ayuh,bangkitlah sebagai seorang muslimah,bukan hanya seorang perempuan. Awak boleh bangkit menjadi seorang yang lebih baik daripada dulu. Awak perlu buktikan kepada dia yang awak boleh hidup tanpa dia. Jangan rendahkan maruah diri awak. Jangan gentar dengan ugutan dia. Ignore him..!

Ok,ni pesan last dari saya. Jangan tutup pintu hati awak untuk orang yang sedang membuka pintu hatinya untuk awak. Awak terlalu istimewa untuk terus menunggu seseorang yang belum tentu akan menyintai awak sebagaimana awak menyintai dia..ingat yea awak, dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan. Keep strong dan doa'
Moga kebahagiaan akan tetap menjadi milik awk <3

Ikhlas dari sahabatmu,
Qieyma Mustaqima ^_^

Saturday 22 March 2014

BISNES~BISNES..

Assalamualaikum...

menghabiskan hujung minggu di bilik sahaja...masa yang terluang ini aku cuba sibukkan diri dengan bisnes..ya,bisnes..aku tak pernah terfikir pun yang aku akan melibatkan diri dengan dunia bisnes seawal usia ini..mungkin ini adalah anugerah dari Allah,, Allah mempertemukan aku dengan seorang hambaNYA yang cukup berjaya dalam dunia perniagaan aku kira..sebelum ini, aku pernah diajak oleh beberapa orang kawan untuk terlibat dengan bisnes, tapi aku buat ignore je...aku terbuka hati untuk join bisnes ni pun sebab tengaok kejayaan kawan-kawan aku yang dah join bisnes nie..tapi, Aaku join bisnes ni bukan untuk tampung hidup aku dekat kampus nie,tapi aku cuma nak cari pengalaman dan membantu orang ramai mendapat barang yang mereka inginkan dengan harga yang murah..niat aku cuma hendak membantu..yup,,niat itu penting..! :)

sejak terlibat dengan bisnie nie, aku semakin banyak search maklumat di internet tentang barang yang aku jual nie...barang apa aku jual,,??biarlah rahsia~~ hehe

sesungguhnya, bisnes ini mengajar aku untuk banyak bersabar, sabar dengan karenah pelanggan, sabar dengan ejekan kawan-kawan, sabar kalau tiada pelanggan..huhuhu.. rezeki itu ALLAH yang tetapkan..jangan runsing sekiranya barangan yang dijual tak laku,fikir positif, mungkin ada kesilapan semasa promote produk atau melayan pelanggan..
teruskan promote,sabar layan pelananggan dan doa..moga Allah murahkan rezeki kami ^_^

Friday 21 March 2014

CINTA ITU FITRAH :)

Bismillah...

Nak tulis pasal CINTA lagi boleh..?? hehe,,bukan sebab Cik Qieyma dilamun CINTA tetapi Cik Qieyma juz nak kongsi dengan korang yang CINTA itu sesuatu yang penting dalam hidup setiap manusia..tanpa CINTA, manusia takkan dapat hidup atas muka bumi ini dengan aman dan damai kan,,? ^_^

Cik Qieyma ada terbaca kata-kata dalam satu blog..dan Cik Qieyma setuju sangat-sangat tentang apa yang diperkatakan oleh hamba Allah ini..jom kita sama-sama renungkan apa yang dia tulis,,~~

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah.

Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya.

Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

yup,,tepat sekali kan...CINTA itu fitrah dan biarlah fitrah itu diurus dengan betul..biarkan DIA yang menetukan kepada siapa hati ini perlu diserahkan keran DIA lah empunya hati ini..ALLAH,,CINTA yang kau campakkan dalam hati ini untuk dia adalah anugerah yang paling indah..moga anugerah ini dapat aku menjaga dan memelihara sehingga tiba satu saat dimana aku perlu berikan anugerah ini kepada dia yang berhak..semoga ALLAH melindungi kita daripada terjerumus dengan CINTA yang tidak berlandaskan syariatNYA.. 

#MAA FI QALBI GHAIRULLAH#
~QN~

Tuesday 18 March 2014

Ada Apa Dengan CINTA..

Assalamualaikum..
dah baca tajuk kat atas.. ?
ok, ADA APA DENGAN CINTA.??erm,,apa ada pada CINTA..CINTA..???opss,,mesti ramai yang faham apa itu CINTA kan..? so, apa yang korang faham tentang CINTA..? Bagi Cik Qieyma, CINTA is something yang dapat memberi spirit pada seseorang.. CINTA bukan sahaja antara manusia, tetapi CINTA juga adalah pada ALLAH dan RasulNya..CINTA yang kita kenal hari ini adalah CINTA antara lelaki dan perempuan, iaitu CINTA yang berlandaskan nafsu,, tentang CINTA seperti ini mesti korang dah arif kan..? so, Cik Qieyma tak nak sentuh tentang CINTA ini...tetapi Cik Qieyma nak bincang soal CINTA kerana ALLAH.. apa itu CINTA kerana ALLAH..? apabila CINTA kerana ALLAH,ianya takkan pernah mengecewakan kita. CINTA ini suci, tulus, jujur dan akan kekal hingga syurga.. Letakkan CINTA kita pada seseorang kerana Allah, kerana sekiranya ALLAH tarik CINTA itu dari kita, kita akan menjadi redha dengan  apa yang terjadi..kita akan terus bangkit dari kegagalan yang lepas..malah kita akan menemui CINTA yang lebih mulia daripada CINTA yang sebelum itu.. tidak salah untuk menyintai,tetapi biarlah inya berlandaskan syariat..orang kata CINTA SELEPAS KAHWIN  itu lebih indah. ya,,memang betul CINTA itu indah, malah lebih berkat..tetapi CINTA SEBELUM KAHWIN itu tidaklah salah, namun caranya haruslah betul..CINTA tidak boleh dihalang keran inya adalah naluri manusia, tetapi ianya hendaklah diuruskan dengan baik..mengikut lunas-lunas ISLAM,,ISLAM tidak menghalang CINTA sesama insani kerana ISLAM sendiri mengutamakan CINTA kepada umatnya..

CINTA ITU MEMBAHAGIAKAN, NAMUN CINTA JUGA BISA MEMBERI DERITA KEPADA SESEORANG..JANGAN KERANA CINTA MANUSIA KITA HILANG RASA CINTA KEPADA ALLAH,,LETAKKAN ALLAH DIHADAPAN, SEGALANYA AKAN BERLAKU MENGIKUT TAKDIRNYA.. :)


"Semoga Allah menyintaimmu dan Dia membuat engkau menyintaiku kerana-NYA"

Friday 14 March 2014

Dialah Sahabatku

Alhamdulillah,,masih lagi diberi peluang untuk berukhuwah...Dia, seorang yang ceria,suka buat lawak,banyak cakap,sering mengusik kawan-kawan...tapi, siapa sangka, wajahnya tidak menggambarkan hatinya..maafkan aku sahabat, aku hany mampu mendengar luahan hatimu, aku tidak mampu untuk membantumu menyelesaikan masalah tersebut..tapi, aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu..aku harap engkau tabah untuk menghadapi segalanya...

CINTA, memang akan menyakiti manusia, tanpa cinta manusia tidak akan dapat hidup di atas dunia ini...
tabahlah wahai hati yang penuh dengan cinta,,kuatlah wahai jiwa yang sentiasa memerlukan cinta..cinta itu ada manis, ada pahit..cinta juga ada bahagia,ada derita...bimbinglah hati supaya menuju CINTA YANG ABADI..serahkan hatimu pada ALLAH,nescaya ALLAH akan serahkan hatimu kepada dia yang berhak memilki hatimu..
#powe of LOVE#

Andri Baihaqi - Rintihan Cinta | lirik

Friday 28 February 2014

La Hot Spring dan Bowling..!

Allahu rabbi,, kalau time free, free sgt2..tapi bila time, busy,memang xde masa nak rehat..pape pom, Cik Qieyma bersyukur kerana masih dianugerahi ruamg dan waktu untuk terus mengukir kenangan bersama-sama sahabat2 Cik Qieyma..hari nie, Cik Qieyma ingin berkongsi kenangan dengan kalian ttg aktiviti Cik Qieyma spjg hari semalam.. Actually, Cik Qieyma n geng kls Cik Qieyma srmai 15 org tlh pergi berkelah ke La Hot Spring..hnya gergulz shj ok..! ^_^

Kitorang bertolak pukul 9.30 pg dr UniSZA dan sampai di La dlm pukul 12 tgh hr..sblm tu kitorg singgah d rumah salah seorg kwn Cik Qieyma yg bernama Adibah di Jertih terlbh dhlu..sbb umi dy menjemput kami utk mkn laksa dirumahnya dhlu..yummyy! sdp kot laksa umi Dibah..hee,,riuh kjp rumah Dibah dgn suara2 kitorg...then, sampai aja kat La tu, ape lg,msuk air la...hee,,d La Hot Spring nie sbnrnye kolam air panas,,fuhh...panas jgk la air dia..tp ade satu kolam yg airnya xpanas sgt,,so, kitorg berendam dlm tu la..then, kitorg turun kat air sejuk pulak,,masyaALLAH, memg sejuk bangat sih airnye...Alhamdulillah,, memg nyaman berada di situ,,jauh dr hiruk pikuk kota,dgn ditemani oleh encik hutan dan cik air panas..hehe...kitorg bertolak pulang dlm pukul 4ptg..n abang van yg kitorg sewa tu,belanja mkn satay! memg murah rezeki kami smlm.. :)
memori tercipta

kami,, BOSS..!

Bersama BFF ku.. <3 Siti Adibah


mia dan liha

Bersama sahabat2 yg awesome!


muka ceria selepas mandi :P

Dekat mgrib sampai di u. dan Cik Qieyma terpaksa bersiap2 cpt utk pergi bermain bowling pulak..huhu,,dlm pukul 8, kitorg iaitu exco2 SRM termasuk dua org kwn Cik Qieyma iaitu Mia dan Liha tlh bertolak ke TER (Terengganu Ekuestrian Resort) utk bermain bowling...huhh,,,first time pegang bola bowling..main pun just suka2...hehe..







ok,,done utk jadual bulan feb..jadual mac sedang menunggu..
moga korang tidak bosan dgn perkongsian ini :)
jumpa lg dilain entri..

"Ukhuwah itu teramatlah indah..ianya tdk bisa diungkapkan dgn kata-kata..hanya hati yg ditautkan ukhuwah itu shja yg bisa merasainya"

SALAM JUMAAT..

Bai !!

Saturday 8 February 2014

Kisah Kami

Haii,,sahabat...kali nie Cik Qieyma nak kongsi serba sedikit tentang kenangan-kenangan Cik Qieyma bersama teman-teman seperjuangan Cik Qieyma. Mereka semua adalah satu sekolah dengan Cik Qieyma dahulu. Kami memang berbeza, tetapi adalah serupa.. Iaitu kami berkongsi hobi yang sama <Melancong!> hehehe....so,,setiap kali cuti sem, kami akan pergi jejalan samada dalam negeri Kelantan, iaitu tempat kelahiran kami ataupun luar dari Kelantan..Antara negeri yang pernah kami jelajahi ialah Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.. setiap sem, satu negeri kami jelajah..dan sem nie tak tahu lagi ingin menjelajahi negeri mana... dalam perancang negeri Pahang...hehe,,Cameron Highland kott.. ^_^..
ok,,have fun with our memory!!



Okkey,,ni first 'derak' kitorang..setelah hampir satu sem xketemu,,akhirnye,,pelbagai pengisian yang kitorang buat..terhasillah memori nie.. :)



           cuti-cuti Malaysia!! hahaha...pantai, KBMall,KFC..tempat yang wajib pergi..

Jelajah Ganung..!! Ain, Najwa, Maryah dan Siti..


yang ni pulak jelajah PENANG..!! baru je la nie.,,mase cuti sem 3 yang lepas...ala-ala kat China gitu...hihi

harapan kami, moga PERSAHABATAN yang terjalin kekal hingga SYURGA..AMINN~~

Kenangan itu perlu dicipta..!



ok,,jumpe di entri yang akan datang pulak yea..! bye.. ^_^

Wednesday 5 February 2014

Dunia Baru..!

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,, tanggal 04/02/2014 terciptalah sebuah blog "QISAH QIEYMA"..
In sha ALLAH,, Cik Qieyma akan manfaatkan sebaik mungkin laman sosial ini.. OK,,salam perkenalan buat semua..!!

Cik Qieyma,,hanya hamba Dia yang penuh dengan kekurangan, namun masih mempunyai hati dan perasaan untuk mencoretkan segala suka duka kehidupan sepanjang kehidupan ini..
Orang kata, tak kenal maka tak cinta,,namun bagi Cik Qieyma,,lebih baik tak kenal daripada kenal,,jika kenal hanya sebagai kawan tidak mengapa,,tetapi jika sebuah perkenalan itu hanyalah untuk ke arah perhubungan yang seterusnya, lebih baik perkenalan itu tidak berlaku...

Akhir qalam,,ayuh, berusaha menjadi hambaNya yang bertaqwa kepadaNYA.. Hidup ini amat indah dengan suka duka kehidupan.. :)