Bismillah...
Nak tulis pasal CINTA lagi boleh..?? hehe,,bukan sebab Cik Qieyma dilamun CINTA tetapi Cik Qieyma juz nak kongsi dengan korang yang CINTA itu sesuatu yang penting dalam hidup setiap manusia..tanpa CINTA, manusia takkan dapat hidup atas muka bumi ini dengan aman dan damai kan,,? ^_^
Cik Qieyma ada terbaca kata-kata dalam satu blog..dan Cik Qieyma setuju sangat-sangat tentang apa yang diperkatakan oleh hamba Allah ini..jom kita sama-sama renungkan apa yang dia tulis,,~~
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak
mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah
tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah
itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya
kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah.
Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan
menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati
yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat
kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan
melihat kecantikan segala ciptaan-Nya.
Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan
itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan
menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan
lebih tenang menerima segala penolakan.
yup,,tepat sekali kan...CINTA itu fitrah dan biarlah fitrah itu diurus dengan betul..biarkan DIA yang menetukan kepada siapa hati ini perlu diserahkan keran DIA lah empunya hati ini..ALLAH,,CINTA yang kau campakkan dalam hati ini untuk dia adalah anugerah yang paling indah..moga anugerah ini dapat aku menjaga dan memelihara sehingga tiba satu saat dimana aku perlu berikan anugerah ini kepada dia yang berhak..semoga ALLAH melindungi kita daripada terjerumus dengan CINTA yang tidak berlandaskan syariatNYA..
#MAA FI QALBI GHAIRULLAH#
~QN~
No comments:
Post a Comment