Friday, 28 March 2014

Awak,dengar nie..

Assalamualaikum...
Haii,awak..yea,awak la..yang tengah baca entri ni.. ^_^
Awak,saya nak pesan kat awak..saya sayang sangat awk<3. Saya tak suka tengok awak bersedih je. Saya nak awak yang dulu. Yang selalu hepi dan sering buat lawak.

Awak,ingat pesanan saya nie. Tak salah mencintai seseorang itu,tapi jangan kerana cinta awak buta akan kebenaran. Awak,anggap apa yang dah terjadi sebagai pengajaran untuk diri awak. Jangan kerana sayang dan cinta awak masih lagi berharap agar dia akan menerima awak. Lupakan dia,bina hidup baru .hidup yang akan memberi lebih makna dan ketenangan untuk awak.

Ayuh,bangkitlah sebagai seorang muslimah,bukan hanya seorang perempuan. Awak boleh bangkit menjadi seorang yang lebih baik daripada dulu. Awak perlu buktikan kepada dia yang awak boleh hidup tanpa dia. Jangan rendahkan maruah diri awak. Jangan gentar dengan ugutan dia. Ignore him..!

Ok,ni pesan last dari saya. Jangan tutup pintu hati awak untuk orang yang sedang membuka pintu hatinya untuk awak. Awak terlalu istimewa untuk terus menunggu seseorang yang belum tentu akan menyintai awak sebagaimana awak menyintai dia..ingat yea awak, dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan. Keep strong dan doa'
Moga kebahagiaan akan tetap menjadi milik awk <3

Ikhlas dari sahabatmu,
Qieyma Mustaqima ^_^

No comments:

Post a Comment