Monday 31 March 2014

AQ VS FB

Assalamualaikum,
kali nie, Cik Qieyma nak kongsi sikit tentang amalan harian kita,,boleh tak?kalau tak boleh pun, Cik Qieyma nak kongsi jugak..hehe ^_^

Ok,guys..mesti korang semua ada akaun FACEBOOK kan??tipu lah kalau muda-mudi zaman sekarang masih tidak mempunyai FACEBOOK atau lebih dikenali dengan FB..Cik Qieyma pun ada FB..nak tahu nama apa FB Cik Qieyma, cer klik kat link nie https://www.facebook.com/qieyma ^_^ ehemm,,dah klik tu,jangan lupe la nak add pulak yea.. hehe..

Cik Qieyma nak tanya, setiap hari,berapa kali korang online FB? mana banyak korang buka FB atau korang buka AQ dalam sehari..? Cuba muhasabah diri kita, dalam sehari pernah tak kita baca surat cinta DIA..? ada tak kita mewajibkan diri kita untuk membaca sekurang-kurangnya sehelai AQ sehari?berbanding dengan FB, berapa banyak kita cek status orang, like page orang atau berapa kali kita update status dekat wall kita setiap hari? ALLAHU RABBI, mudahnya kita lalai dengan nikmat duniawi..kita hanya nampak keseronokan dunia, tetapi kita buta akan keseronokan akhirat..pantaskah kita untuk mendapat tempat di syurga DIA..? berhakkah kita untuk menjadi penghuni firdausi di akhirat kelak..? jom, kita sama-sama muhasabah,,kepada yang memang telah sebati dengan AL-QURAN, alhamdulillah,,Cik Qieyma harap korang boleh istiqamah dengan bacaan tersebut, kepada yang jarang-jarang atau kadang-kadang buka AL-QURAN, apa kata mulai dari sekarang kita cuba berjinak-jinak dengan surat cinta DIA..buat sekadar mampu sahaja..Cik Qieyma pun sedang menuju untuk mengejar syurga DIA, Cik Qieyma tidak mahu masuk syurga sorang-sorang sebab itulah Cik Qieyma nak ajak korang masuk syurga jugak,,JOM, KITA MASUK SYURGA SAMA-SAMA YEA..^_^

::AQ vs FB::

Keliru~~

Allahu rabbi...perasaan itu datang lagi...ape yang harus aku lakukan..? Untuk berterus-terang aku jadi serba salah..tapi kalau didiamkan,hati aku yang akan keliru...demi menjaga hubungan ini aku diamkan dahulu..tapi sampai bila? Semakin hari semakin banyak yang kami kongsikan..tapi pada masa yang sama aku rasa bersalah sangat...ikhlaskah aku dalam perhubungan ini? Aku tahu,dia bersungguh sangat dalam menjaga hati aku,tapi aku? Buat layan tak layan je..tapi, bukannya aku taknak layan, aku takut,kalau aku semakin layan dia,kami akan semakin lagha,,lebih baik beringat sebelum perkara yang lebih teruk berlaku antara kami...hurm,,aku dah letih fikirkan benda nie...

#Sheila,tetapkan hati...~_~

.::untuk awak, maaf andai saya sering mengelak untuk memberi jawapan kepada soalan awak..i need a time =)

Friday 28 March 2014

Awak,dengar nie..

Assalamualaikum...
Haii,awak..yea,awak la..yang tengah baca entri ni.. ^_^
Awak,saya nak pesan kat awak..saya sayang sangat awk<3. Saya tak suka tengok awak bersedih je. Saya nak awak yang dulu. Yang selalu hepi dan sering buat lawak.

Awak,ingat pesanan saya nie. Tak salah mencintai seseorang itu,tapi jangan kerana cinta awak buta akan kebenaran. Awak,anggap apa yang dah terjadi sebagai pengajaran untuk diri awak. Jangan kerana sayang dan cinta awak masih lagi berharap agar dia akan menerima awak. Lupakan dia,bina hidup baru .hidup yang akan memberi lebih makna dan ketenangan untuk awak.

Ayuh,bangkitlah sebagai seorang muslimah,bukan hanya seorang perempuan. Awak boleh bangkit menjadi seorang yang lebih baik daripada dulu. Awak perlu buktikan kepada dia yang awak boleh hidup tanpa dia. Jangan rendahkan maruah diri awak. Jangan gentar dengan ugutan dia. Ignore him..!

Ok,ni pesan last dari saya. Jangan tutup pintu hati awak untuk orang yang sedang membuka pintu hatinya untuk awak. Awak terlalu istimewa untuk terus menunggu seseorang yang belum tentu akan menyintai awak sebagaimana awak menyintai dia..ingat yea awak, dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan. Keep strong dan doa'
Moga kebahagiaan akan tetap menjadi milik awk <3

Ikhlas dari sahabatmu,
Qieyma Mustaqima ^_^

Saturday 22 March 2014

BISNES~BISNES..

Assalamualaikum...

menghabiskan hujung minggu di bilik sahaja...masa yang terluang ini aku cuba sibukkan diri dengan bisnes..ya,bisnes..aku tak pernah terfikir pun yang aku akan melibatkan diri dengan dunia bisnes seawal usia ini..mungkin ini adalah anugerah dari Allah,, Allah mempertemukan aku dengan seorang hambaNYA yang cukup berjaya dalam dunia perniagaan aku kira..sebelum ini, aku pernah diajak oleh beberapa orang kawan untuk terlibat dengan bisnes, tapi aku buat ignore je...aku terbuka hati untuk join bisnes ni pun sebab tengaok kejayaan kawan-kawan aku yang dah join bisnes nie..tapi, Aaku join bisnes ni bukan untuk tampung hidup aku dekat kampus nie,tapi aku cuma nak cari pengalaman dan membantu orang ramai mendapat barang yang mereka inginkan dengan harga yang murah..niat aku cuma hendak membantu..yup,,niat itu penting..! :)

sejak terlibat dengan bisnie nie, aku semakin banyak search maklumat di internet tentang barang yang aku jual nie...barang apa aku jual,,??biarlah rahsia~~ hehe

sesungguhnya, bisnes ini mengajar aku untuk banyak bersabar, sabar dengan karenah pelanggan, sabar dengan ejekan kawan-kawan, sabar kalau tiada pelanggan..huhuhu.. rezeki itu ALLAH yang tetapkan..jangan runsing sekiranya barangan yang dijual tak laku,fikir positif, mungkin ada kesilapan semasa promote produk atau melayan pelanggan..
teruskan promote,sabar layan pelananggan dan doa..moga Allah murahkan rezeki kami ^_^

Friday 21 March 2014

CINTA ITU FITRAH :)

Bismillah...

Nak tulis pasal CINTA lagi boleh..?? hehe,,bukan sebab Cik Qieyma dilamun CINTA tetapi Cik Qieyma juz nak kongsi dengan korang yang CINTA itu sesuatu yang penting dalam hidup setiap manusia..tanpa CINTA, manusia takkan dapat hidup atas muka bumi ini dengan aman dan damai kan,,? ^_^

Cik Qieyma ada terbaca kata-kata dalam satu blog..dan Cik Qieyma setuju sangat-sangat tentang apa yang diperkatakan oleh hamba Allah ini..jom kita sama-sama renungkan apa yang dia tulis,,~~

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah.

Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya.

Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

yup,,tepat sekali kan...CINTA itu fitrah dan biarlah fitrah itu diurus dengan betul..biarkan DIA yang menetukan kepada siapa hati ini perlu diserahkan keran DIA lah empunya hati ini..ALLAH,,CINTA yang kau campakkan dalam hati ini untuk dia adalah anugerah yang paling indah..moga anugerah ini dapat aku menjaga dan memelihara sehingga tiba satu saat dimana aku perlu berikan anugerah ini kepada dia yang berhak..semoga ALLAH melindungi kita daripada terjerumus dengan CINTA yang tidak berlandaskan syariatNYA.. 

#MAA FI QALBI GHAIRULLAH#
~QN~

Tuesday 18 March 2014

Ada Apa Dengan CINTA..

Assalamualaikum..
dah baca tajuk kat atas.. ?
ok, ADA APA DENGAN CINTA.??erm,,apa ada pada CINTA..CINTA..???opss,,mesti ramai yang faham apa itu CINTA kan..? so, apa yang korang faham tentang CINTA..? Bagi Cik Qieyma, CINTA is something yang dapat memberi spirit pada seseorang.. CINTA bukan sahaja antara manusia, tetapi CINTA juga adalah pada ALLAH dan RasulNya..CINTA yang kita kenal hari ini adalah CINTA antara lelaki dan perempuan, iaitu CINTA yang berlandaskan nafsu,, tentang CINTA seperti ini mesti korang dah arif kan..? so, Cik Qieyma tak nak sentuh tentang CINTA ini...tetapi Cik Qieyma nak bincang soal CINTA kerana ALLAH.. apa itu CINTA kerana ALLAH..? apabila CINTA kerana ALLAH,ianya takkan pernah mengecewakan kita. CINTA ini suci, tulus, jujur dan akan kekal hingga syurga.. Letakkan CINTA kita pada seseorang kerana Allah, kerana sekiranya ALLAH tarik CINTA itu dari kita, kita akan menjadi redha dengan  apa yang terjadi..kita akan terus bangkit dari kegagalan yang lepas..malah kita akan menemui CINTA yang lebih mulia daripada CINTA yang sebelum itu.. tidak salah untuk menyintai,tetapi biarlah inya berlandaskan syariat..orang kata CINTA SELEPAS KAHWIN  itu lebih indah. ya,,memang betul CINTA itu indah, malah lebih berkat..tetapi CINTA SEBELUM KAHWIN itu tidaklah salah, namun caranya haruslah betul..CINTA tidak boleh dihalang keran inya adalah naluri manusia, tetapi ianya hendaklah diuruskan dengan baik..mengikut lunas-lunas ISLAM,,ISLAM tidak menghalang CINTA sesama insani kerana ISLAM sendiri mengutamakan CINTA kepada umatnya..

CINTA ITU MEMBAHAGIAKAN, NAMUN CINTA JUGA BISA MEMBERI DERITA KEPADA SESEORANG..JANGAN KERANA CINTA MANUSIA KITA HILANG RASA CINTA KEPADA ALLAH,,LETAKKAN ALLAH DIHADAPAN, SEGALANYA AKAN BERLAKU MENGIKUT TAKDIRNYA.. :)


"Semoga Allah menyintaimmu dan Dia membuat engkau menyintaiku kerana-NYA"

Friday 14 March 2014

Dialah Sahabatku

Alhamdulillah,,masih lagi diberi peluang untuk berukhuwah...Dia, seorang yang ceria,suka buat lawak,banyak cakap,sering mengusik kawan-kawan...tapi, siapa sangka, wajahnya tidak menggambarkan hatinya..maafkan aku sahabat, aku hany mampu mendengar luahan hatimu, aku tidak mampu untuk membantumu menyelesaikan masalah tersebut..tapi, aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu..aku harap engkau tabah untuk menghadapi segalanya...

CINTA, memang akan menyakiti manusia, tanpa cinta manusia tidak akan dapat hidup di atas dunia ini...
tabahlah wahai hati yang penuh dengan cinta,,kuatlah wahai jiwa yang sentiasa memerlukan cinta..cinta itu ada manis, ada pahit..cinta juga ada bahagia,ada derita...bimbinglah hati supaya menuju CINTA YANG ABADI..serahkan hatimu pada ALLAH,nescaya ALLAH akan serahkan hatimu kepada dia yang berhak memilki hatimu..
#powe of LOVE#

Andri Baihaqi - Rintihan Cinta | lirik