Friday, 18 April 2014

Don't Be SAD



La tahzan…
kenapa harus bersedih? Sedangkan kita berhak untuk bahagia.. apa yang menyebabkan kita sering bersedih..? kerana hati kosong? Isilah dengan zikrullah, kerana putus cinta? Carilah cinta DIA.. kerana masalah yang menghimpit? Redhalah dengan apa yang berlaku.. sungguh, bahagia itu untuk kita, Cuma kita sahaja yang tidak tahu bagaimana untuk membahagiakan hati.. andai kau bersedih, ingatlah masih ada lagi insan lain yang lebih sedih daripadamu..andai engkau sedang terluka, ingatlah masih ramai lagi yang lebih terluka dari dirimu.. ujian?? Memang akan dialami oleh setiap manusia sesuai dengan kesanggupannya..bukankah Dia telah berfirman yang bermaksud:

"Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah : 286)

Nah, apabila di uji dengan pelbagai ujian, jangan pula lupa untuk minta pertolongan dari DIA. Sabar, adalah penawar yang paling mujarab untuk menghadapi ujian tersebut. Jangan pernah kalah dengan ujian tersebut, berhadapanlah dengannya dan kuatkan hati untuk menghadapinya. Innallahama ana J

“Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)

Selain menenangkan jiwa, sabar juga dapat menstabilkan jiwa dan hati yang sedang gundah. Yakinlah dengan janjinya bahawa sabar itu manis. Teruslah bersabar kerana sabar penawar kedukaan..


 #hati kita ini tidak pernah kosong, jika ia tidak diisi dengan ketaatan, bererti di dalamnya ada kemaksiatan.
                                            
“Ya Allah, aku berlindung padaMU dari rasa sesak dada dan gelisah, dan aku berlindung padaMU dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMU dari sifat pengecut dan kedekut, dan aku berlindung padaMU dari lilitan hutang dan dominasi manusia” -ameen-


#coretanhatisheila#


No comments:

Post a Comment