Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Friday, 18 April 2014

Don't Be SAD



La tahzan…
kenapa harus bersedih? Sedangkan kita berhak untuk bahagia.. apa yang menyebabkan kita sering bersedih..? kerana hati kosong? Isilah dengan zikrullah, kerana putus cinta? Carilah cinta DIA.. kerana masalah yang menghimpit? Redhalah dengan apa yang berlaku.. sungguh, bahagia itu untuk kita, Cuma kita sahaja yang tidak tahu bagaimana untuk membahagiakan hati.. andai kau bersedih, ingatlah masih ada lagi insan lain yang lebih sedih daripadamu..andai engkau sedang terluka, ingatlah masih ramai lagi yang lebih terluka dari dirimu.. ujian?? Memang akan dialami oleh setiap manusia sesuai dengan kesanggupannya..bukankah Dia telah berfirman yang bermaksud:

"Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah : 286)

Nah, apabila di uji dengan pelbagai ujian, jangan pula lupa untuk minta pertolongan dari DIA. Sabar, adalah penawar yang paling mujarab untuk menghadapi ujian tersebut. Jangan pernah kalah dengan ujian tersebut, berhadapanlah dengannya dan kuatkan hati untuk menghadapinya. Innallahama ana J

“Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)

Selain menenangkan jiwa, sabar juga dapat menstabilkan jiwa dan hati yang sedang gundah. Yakinlah dengan janjinya bahawa sabar itu manis. Teruslah bersabar kerana sabar penawar kedukaan..


 #hati kita ini tidak pernah kosong, jika ia tidak diisi dengan ketaatan, bererti di dalamnya ada kemaksiatan.
                                            
“Ya Allah, aku berlindung padaMU dari rasa sesak dada dan gelisah, dan aku berlindung padaMU dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMU dari sifat pengecut dan kedekut, dan aku berlindung padaMU dari lilitan hutang dan dominasi manusia” -ameen-


#coretanhatisheila#


Tuesday, 8 April 2014

JODOH...??



Dalam hidup, kadang-kadang kita lebih banyak mendapat apa yang tidak kita inginkan..begitu juga dengan jodoh, kekadang kita membayangkan hidup kita bersama dia, tetapi sebaliknya yang terjadi.. Allah pertemukan kita dengan orang salah untuk kita belajar tentang kehidupan, kerana dalam hidup ini tidak semudah yang kita impikan, tetapi sekiranya Allah pertemukan kita dengan orang yang tepat, Dia mahu kita belajar tentang syukur agar kita takkan mudah senang dengan kehidupan ini.. semua itu adalah perancangan DIA,, DIA yang berhak dengan siapa patut kita temui..

Jodoh,, jangan terlalu memikirkan sangat tentangnya..kerana jodoh adalah urusan DIA, biar DIA yang tentukan,, Jodoh adalah rahsia DIA, biar DIA yang bongkarkan.. apa yang patut kita fikirkan adalah bagaimana untuk kita persiapkan diri kita untuk bertemu dengan jodoh kita.. Bagaimana kita, begitulah jodoh kita..jangan risau tentang siapa dia, di mana dia dan bila kita akan dipertemukan kerana itu sememangnya akan kita ketahui sedikit masa lagi..kalau tidak di dunia, di syurga sudah pasti.. saat ini, kita perlu lebih memikirkan tentang masa depan kita..memang betul jodoh adalah sebahagian daripada masa depan kita, tetapi biarlah jodoh menjadi rahsia DIA.. perjalanan hidup ini baru sahaja bermula, banyak lagi perkara lain yang perlu kita fikirkan,, biarlah kita berbakti kepada kedua ibu bapa terlebih dahulu sebelum kita berbakti kepada jodoh kita..

Jangan sedih andai diri belum berpunya, jangan berputus asa andai cinta tidak kesampaian, jangan gusar andai diri masih lagi menyendiri, yakinlah akan janji DIA,, setiap manusia mempunyai pasangannya masing-masing..cuma masanya sahaja yang berbeza..teruslah menunggu dengan sabar, di akhirnya engkau akan menemui kebahagiaan..^^

#Jangan terlalu menyayangi seseorang itu selagi tidak ada ikatan yang sah kerana jodoh bukan di tangan kita. Alangkah membazirnya kehidupan kita jika kita mencintai orang yang belum pasti jadi milik kita dan akhirnya kekecewaan menguasai kita.



::BUAT AWAK YANG SEDANG MENANTI CINTA, BUAT AWAK YANG SEDANG KELIRU DENGAN PERASAAN SENDIRI, BUAT AWAK YANG SEDANG DILAMUN CINTA ATAU BUAT AWAK YANG SEDANG MENUNGGU BELAHAN JIWA,, YAKINLAH..DIA PASTI AKAN MEMPERTEMUKAN AWAK DENGAN SI DIA,MOGA KEBAHAGIAAN MENJADI MILIK KITA BERSAMA<3<3<3

with L.O.V.E,
::QN::