Saturday 29 August 2015

Pengalaman #bandoengtravelog (Hari kedua)


5/8/2015, jam 9 pagi:
Neng-neng gelis (bahasa sunda bermaksud gadis-gadis cantik >_<) udah bersiap-siap untuk memulakan aktiviti hari pertama di bumi Bandung.. tepat jam 9.15 pg, kami udah bertolak ke destinasi pertama hari tersebut iaitu ke Kawah Putih yang terletak lebih daripada 90 km daripada apartment kami..Tapi, sebelum itu, kami singgah di toko pulsa terlebih dahulu untuk membeli simkad telefon. So, banyak jugaklah masa yang dibuangkan disitu.. huhu,, tapi ngak apa-apa, demi kepentingan dan kemudahan kami jugak kan. J

Then, kami meneruskan perjalanan ke Kawah Putih.. menurut pak google yang aku jumpa, Kawah Putih merupakan sebuah danau yang terbentuk dari letusan Gunung Patuha..Tanah yang bercampur belerang di sekitar kawasan ini berwarna putih yang menyebabkan warna air yang berada di kawah ini berwarna putih kehijauan dan apa yang unik dari kawah ini adalah airnya kekadang berubah warna. Warna apa tu, aku tak pastila pulak.. udara di sana masyaAllah, sejuk bangat! Siap keluar asap lagi masa bernafas tu.. dan kami dikehendaki memakai ‘mask’ untuk mengelakkan dari terhidu sulfur yang kuat..almaklumla, kawasan gunung berapikan tu.. dah macam ahli forensic dah kami 9 orang nie,, hehe…  view di kawah putih, memang tak dapat nak disangkal lagi, seperti yang aku baca di blog-blog sebelum ini, kawah putih memang cantik, bukan sahaja cantik, tapi sangat-sangat cantik..! air kawah yang hijau kebiruan tu, sangat menenangkan.. pasir yang keputihan, sangat mensucikan.. andai kawah putih wujud di Malaysia, confirm tiap-tiap hari aku pergi,,, haha.. macam over la pulak kan.. :P tapi, sungguh, xtipu langsung,, kawah putih cantik sangat!! Maha besar kekuasaanMU, Alhamdulillah, kami diberi kesempatan untuk melihat keindahan ciptaanMu,, thankz Allah.. J


Subhanallah, cantiknya air kawah tu.. biru keputihan,, hanya di Bandung!


Dari kiri: Neng Najwa, Neng Epy, Neng Qieyma, Neng Ain, dan Neng Mariyah..
we are freinds till Jannah.. insha Allah <3




Setelah puas bergambar, berposing, menikmati pemandangan di sana, now, masa untuk kami mencari makanan..haha.. sebenarnya, orang kata, kat kawah putih tu jangan duduk lama sangat nanti bau sulfur yag dihidu tu tak elok untuk kesihatan kita,, lau dah rasa mual-mual or pening-pening, better korang terus naik atas.. jangan duk lelama sangat kat situ yaa… owh,, ya.. lupa nak habaq, udara kat sini sejuk sangat2,, suhu lebih kurang 21 darjah selsius..

Sebelum pergi makan, pak supir kami bawa kami ke ladang teh dulu,, tujuannya?? Ermm,, ofkos la untuk bergambar.. gambar tu kan wajib… hehehe.. ladang teh apa yang kami posing tu aku tak pasti la pulak, dah orang suruh posing, kita posing je la kan.. :P bajet cam duk di Cameron Highlands la,, walaupun aku tak pernah sampai lagi di Cameron tu,,huhu…

cantik kan.. :)




Kami berhenti makan dan solat di Restoran Saung Gawir.. Aa Heri bilang, nasi timbel disini enak sekali,, so, apa lagi, kami oder nasi timbel la… dan aku minum jus sirsak.. tau ngak apa itu jus sirsak? Sirsak tu durian belanda la.. yummy yummy.. betul la kata Aa Heri, nasi timbel memang enak, di tambah lagi dengan jus sirsak yang memang rasa buah pior tu.. fuhh,, boleh naik berat aku lau duk d Bandung nie lelama,, uwa uwa..  satu yang aku suka tentang minuman Bandung, jus tu adalah dari buah yang pior, pekat, rasanya macam makan buah yang sebenar.. tp harganya murah je, dalam RM3 duit malaysia je,, murahkan tu…

inilah dia rupanya nasi Timbel komplit,, sedap sangat,, boleh diterimalah oleh my tekak,,hihi


Then, kami meneruskan lagi perjalanan kami ke kilang kain sulam.. lau datang Bandung, memang tak sah kalau tak bawa balik kain sulam untuk keluarga atau sahabat handai tau.. nama kilang nia ialah Bidadari..pemilik kilang di bukan Islam, mybe Cina kut, tapi aku pon xsure la.. ok,, memang lama sangat kami kat sini, dari lepas asar, sampai la pkul 8 baru bertolak pulang ke apartment.. harga kain sulam kat sini memang murah sangat-sangat.. sekitar RM 32-RM40 je sepasang,.. aku sempatla borong 7pasang, tu pon sebab sepupu aku yang kirimkan, lau tak,  aku borong untuk ma n adik aku jer,, agar ratus ribu jugaklah habis untuk kain sulam nie,, haha,, xpela, bila lagi nak beli kain sulam kan,, lau kat Malaysia, 100 lebih kut sepasang..memang aku tak beli laa..huhu..

Macam-macam ‘peel’ kawan-kawan aku ni, sepanjang memilih kain sulam tu,, haha… mana taknya, rambang mata weh.. aihh,, aku pon terjebak sekali.. dah la banyak, macam-macam warna, macam-macam corak, macam-macam jenis kain, pening den nak memilihnya.. uwa uwaaa.. yang paling melucukan, ada sorang kawan aku nie, mula-mula tu ambik 3-4 pasang kain, tapi last-last, bayar sepasang je… haha.. (maaf demo deh, nak dedikasi kisah demo dale blog kawe ni, mintak halal deh,, hehe) yang sorang lagi, rancangnya nak beli 2pasang je, tapi bila bayar, 4 pasang.. lari bajet katanya… haha,, macam-macam la korang nie,,, pape pon, itulah yang menceriakan pengalaman kita kan…hihi~

semua cantik2 kan,, aihh,, xtau nak pilih yang mana..huhu





Setelah siap semuanya, Aa Heri bawa kami makan malam.. sebenarnya nak makan bakso, tapi kedainya udah tutup.. esok aja la baksonya..~ untuk pengetahuan korang juga, kebanyakan kedai di Bandung nie tutup awal,, biasenya kedai makan tutup pada pukul 9 malam.. so, kalau korang nak makan malam tu, better lepas maghrib terus pergi makan, lambat kan tidur dalam kelaparan pulak korang.. huhu.. lepas makan malam, kami terus pulang ke apartment.. masa untuk berehat..~

Kisah kami di hari kedua tidak habis di situ.. hehe.. di apartment, kami sambung meeting@post moterm (macam dalam program la pulak,, :P) remaind balik perjalanan kami hari tersebut dan kira hutang atau duit-duit yang digunakan pada hari tersebut dan kutip duit tiket lawatan untuk keesokan harinya,, part duit ni yang problem dan banyak memerah otak sikit.. mana taknya, kira duit beribu-ribu sampai juta kut..hehe…

Ok,, bila semua dah settle, kami bersihkan diri dan tidur dengan lenanya… kumpul tenaga untuk jejalan keesokan harinya pula…

Memori hari pertama di Bandung selamat tercipta,, tunggu hari kedua di entri seterusnya….

Bhai bhaii…
Ditulis pada:

20/8/2015 jam 9.00 am
by: QN

8 comments:

  1. Wahhh...best banget dong.. lain kali sponsor tiketku ya neng sella.. aku kepingin ke sana.. :-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiihh,, bisa ajaa neng..bagi uwangnya, nanti aku book tiket utk kamu yaa,, haha

      Delete
  2. Wahhh...best banget dong.. lain kali sponsor tiketku ya neng sella.. aku kepingin ke sana.. :-p

    ReplyDelete
  3. Mcm tahu jek sape yg lari bajet tuu ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,, kita2 je tahu,,ore len xtau,, kih3

      Delete
  4. Replies
    1. tu la,,hehe.. tgk hok sblm nie,,first day d bandung.. :)

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete