Thursday 10 September 2015

Dunia Internship..

Alhamdulillah,, genap 5 hari Cik Qieyma berpraktikal di Pusat Islam USM, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan.. 

ermm,, hari first berkerja di PI ni, terasalah kekok sikit, sebab suasana baru dan kawan-kawan baru.. tapi, hampir 5hari berada d PI ni, so far so good laa... staff sini pon peramah, lawak, mudah untuk Cik Qieyma bergaul.. Supervisor Cik Qieyma pon baik sangat-sangat..hihi,, Dah mula dapat sesuaikan diri dengan keadaan di ofis nie,, nasiblah staf-staf sini tak de yang muka ketat,,,huhu...

ok, sekarang ni Cik Qieyma tengah free,, xtau nak buat ape,, tetibe teringat kat my blog nie, so, Cik Qieyma update blog la hari nie,, kat sini majoriti staf lelaki, hanya ade seorang sahaja staff perempuan,, nasib Cik Qieyma praktikal sekali dengan kawan sekelas Cik Qieyma, namanya Sofiyyatulhusna.. so, xdela Cik Qieyma mati kutu sorang-sorang kat ofis nie kan..hehe,, hari nie, semua staff laki pergi solat hajat kat rumah salah seorang staff kat sini,, baru naik rumah la kot.. entah, Cik Qieyma tak tanye pulak ustaz tu dia buat solat hajat untuk ape.. huhu.. 

Alhamdulillha, Cik Qieyma dpt meja dan komputer sendiri, tapi komputer ni macam lembab sikit, so, Cik Qieyma bawak laptop la datang pejabat ni,, semalam dah connect wifi usm, so, memang boleh guna wifi dengan laju la,, hehe... Waktu bekerja kat sini adalah dari pukul 8.10am-4.55pm kecuali hari khamis yang mana boleh balik awl sikit iaitu pada pukul 4.40pm..hihi, hari ni hari khamis, so, boleh balik awal laa,,,kiki..tak sabar nak tunggu masa balik,,,hoho.. 

Ermm,, tu je la nk citer,, saje je, nak lari cikit dari citer pasal pengalaman Cik Qieyma kat Bandung tu,, hoho,, tak tahu bila akan siap sepenuhnya entri pasal Bandung tu, xde masa dan malas nak menaip panjang-panjang sebenarnye,,,huhuhu


Masjid USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian..

1 comment: