Tuesday 18 August 2015

Pengalaman #bandoengtravelog (Kisah Di BANDUNG- hari pertama)


Assalamualaikum…hai,,haii... ^_^
Hampir seminggu dah Cik Qieyma balik dari melancong di Bandung, Indonesia… yepp,, best sangat moment kat sana. Mana taknya, first sampai di Lapangan Terbang Sastranegara, Bandung setelah turun dari kapal terbang, kami terus di sapa oleh bayu sejuk dan berangin. Allah, sejuk sangat udara kat sana. Suhu ketika itu lebih kurang  24 darjah selsius. Kami tiba di sana dalam pukul 8.50pm waktu Bandung. Perjalanan dari KL-Bandung ialah selama 2 jam sahaja. Sampai je kat sana,selepas pemeriksaan imigresen, kami terus cari pak supir kami. Tak susah pon nak cari, sebab beliau dah sedia menunggu kami sambil memegang kertas yang bernama Najwa Rosli iaitu kawan Cik Qieyma yang menguruskan pakej pelancongan dengan Kiki Bandong Transport.


Ni lah dia kertas nama yang dipegang oleh Aa Heri ketika menunggu kami di
Lapangan Terbang Sastranegara, Bandung..



Selamat mendarat di bumi Bandung,, yeayy..!! ALHAMDULILLAH



Lebih kurang jam 9.30 pm, pak supir kami merangkap tour guide kami selama di Bandung yang lebih senang di panggil Aa Heri, terus bawa kami makan malam. Nama tempat makan tu Cik Qieyma lupa laa pulak, huhu.. tapi kat sana kami dihidangkan dengan makanan padang. Untuk pengetahuan korang, makanan padang ni ade banyak jenis lauk-pauk dan akan dihidangkan semuanya atas meja. Tapi jangan risau, sebab bukan semuanya perlu dibayar. Yang perlu dibayar hanyalah yang kita makan atau sentuh sahaja. So, Cik Qieyma dan the geng terus asingkan awal-awal makanan yang kami tak nak makan, so hanya ambil yang mahu dimakan sahaja. Rasa?? Ermm,, boleh tahan la pedasnya.. ekceli, Cik Qieyma xsuka makanan yang pedas-pedas nie, almaklumla, ore kelate kea, buleh makey makanan hok manis jah… huhu… harga makanan ni boleh tahanla mahal dia.. setelah dikira lebih kurang rm9.00 lebih seorang, tu kalau duit Malaysia la… termasuk tax 10%,, huhu.. dan untuk pengetahuan korang jugak, kebanyakan restoran di Bandung ni semuanya dikenakan tax sebanyak 10%, so lau makanan tu mahal sikit, jangan terkejut la yaa.. :P
                  
                        

Menikmati makanan padang..hampir 20jenis lauk yang dihidangkan..



Setelah kenyang dan solat di restoran tersebut, kami terus menuju ke tempat penginapan kami iaitu Gateway Apartment. Sebelum ini, memang Kiki BandungTransport ada whatapps gambar apartment tu, memang cantik dan nampak selesa je.. tapi, setelah sampai dan kami tengok sendiri rupa apartment tersebut, masya Allah, sangat lah cantik, selesa dan in sha Allah keselamatan terjaga.. mana taknya, memang betul-betul apartment mewah, seperti gambar yang dihantar oleh Mas Kiki dan seperti yang kami lihat di google image. Satu tips penting kalau korang nak tempeh tempat penginapan, lebih baik korang google dulu tentang tempat penginapan tersebut, bukan apa takut-takut tempat tersebut merbahaya atau tidak seperti yang korang bayangkan. Alhamdulillah,, kami sangat-sangat berpuas hati dengan apartment yang disediakan oleh Kiki Bandung Transport, *credit to Kiki Bandung Transport J tempat penginapan kami juga turut dijaga oleh pekerja Kiki Bandoeng Transport, iaitu Ipin, jika terdapat masalah dengan apartment tersebut, kami boleh rujuk kepada Ipin.




 Bilik utama apartment kami..



Bawah aparment ada kolam renang,, waa.. bestnyeee... 



 So,, setelah seharian perjalanan kami dari Malaysia ke Bandung, tibalah masanya untuk kami merehatkan badan dan mengumpul kembali tenaga untuk digunakan keesokan harinya.. ocei(bahasa Sunda),, smpai disini dulu entri kali nie,, next day Cik Qieyma sambung lagi yaa,,

Bhaii,,
#bandoengtravelog
18/8/2015


No comments:

Post a Comment