Sunday, 19 October 2014

Tentang Hati Lagi... <3

Dah baca tajuk? Ok,,sebenarnye aku memang suka berbicara pasal hati.. Kenapa hati?? Sebab hati adalah kunci kepada kehidupan kita.. Tanpa hati, kita takkan menjadi diri kita pada hari ini..

Hurm,, lately ni, hati aku mudah sangat terasa dengan orang disekeliling aku.. Aku tak tahu kenapa, lau ade benda yang aku tak suka, aku terus diam, atau aku jadi cepat melenting.. Walaupun benda tu xde pon kaitan dengan dia,tp dia la yg sllu menjadi mgsa.. Huu,,bila fikir balik, jahatnye aku.. Dia xde buat salah pon,tapi dia yang kena tempiasnye..tapi, dia tetap sabar dengan aku.. N mjur la dia dah faham prangai aku..huhu

Ermm.. One more thing,, lately ni jgk aku mudah menangis.. Especially, bila aku ingatkan dia,terbaca status dia di wechat o tgk gambar2 dia.. Huu,, letih la camni.. Smpai bila air mata ni nak mengalir kerana dia.. ?
Allah,,ampuni aku, aku lemah dln mgawal perasaan aku..btw, aq nk luah jgk, yup, aq terlalu rindukan dia,, dia yg belum tentu lg akan jd milik aku atau x.. ;(

#awk,,sy tahu, awk takkan bace blog sy, sbb tu la sy berani luah kat sini..lau sy luah kat fb o wechat,awk akn cpt je tahu akan kedaan sy..so,, blog adlh medium yg mnyimpan perasaan sy kat awk.. Maaf ekk,, sy perlu rahsiakan dlu blog ni dr awk.. ^^
::pabila kepala dah ting tong:: ~.-
::aq::

Friday, 10 October 2014

ACEH,, dalam kenangan.. ^^

BISMILLAH..
Assalamualaikum.. selamat pagi, salam jumaat.. 

Allah, lamanya aq tak update blog kan..? busy? adela sikit, tapi sebenarnya malas nak menaip.. hehe.. ok la, disebabkan terlalu lama blog ini sunyi tanpa sebarang update, aq nak update la something yang aq lalui sepanjang di Aceh.. ehh,,Aceh..?? Yes, Aceh.. Daerah yang pernah dilanda tsunami pada 26 Disember 2004.. hampir 10 berlalu, namun kesannya masih ada sampai sekarang.

Aq tak pernah pun mimpi akan sampai ke tanah tsunami itu, yes, Allah dah tentukan segalanya.. dan aq bersyukur sgt dpt menjejaki kaki ke Aceh... aq ke Aceh, bkn bercuti tetapi kerana program yg dianjurkan oleh sekretariat aq, SRM UNISZA.. Kami pergi seramai 22 orang pelajar dan 3orang pengiring selama 6 hari 5malam iaitu pada 2-8 Oktober 2014.. program ni dinamakn Travelog Ilmu dan Baksis di Aceh, Indonesia.. kami buat khidmat komuniti di sana, ibadat korban, sukaneka untuk kanak-kanak, lawatan ilmiah, dan melawat tempat-tempat bersejarah yang pernah dilanda tsunami..

untuk 3 hari yg pertama kami tnggal di rumah keluarga angkat iaitu keluarga kak dewi dan pak eddy,, MasyaAllah,, terlalu baik layanan mereka untuk kami. alhamdulillah, tempat tinggal yg selesa, makanan yang sedap, pengisian yang santai.. syukur sgt dpt kenal dgn kluarga pak eddy dan dapat knl org2 kampung.. yg paling aq xblh lupa adalah, kawasan rumah pak eddy tu,ya ALLAH, tenangnya kta sana, rumahnya dikelilingi sawah padi, berlatar belakangkan gunung Banjaran, langit yang membiru, tak tahu nak kata apa, memang cantik sgt2 kampung tu.. 




Cantikkan suasana kampung tu,, sawah padi yang mnguning dan langit yang membiru.. Subhanallah, indahnya ciptaanMU.. :)


Ok, sampai di sini dulu cerita dari Aceh, ada masa terluang aq update lagi.. :)
#aceh dalam kenangan.. <3 <3 <3

::aq::




Friday, 13 June 2014

Pesanan buat awak

Assalamualaikum....haii,,guys...
Lamanya Cik Qieyma menyepikan...hehe,,bukan menyepi pun,tapi lately nie Cik Qieyma busy sgt dengan kelas, assignment,final exam dan program lagi...
Hurmm,,kali ni Cik Qieyma nak post something untuk sahabat Cik Qieyma...nie macam puisi untuk sahabat la...ecece ^_^
Selamat membaca la yea.. !

Ku nampak kedukaan di wajahmu
Ku tahu engkau sedang menanggung beban
Ku mengerti dikau dalam kebuntuan
Namun, apa dayaku untuk meringankan bebanmu
Apa pertolongan yang bisa aku hulurkan
Ku tahu sahabat,
Derita yang kau tanggung sangat menguji hati dan imanmu
Ujian itu terlalu berat untukmu
Tiada apa yang bisa ku bantu
Melainkan cebisan doa untukmu..

Aku lemah, tidak mampu membantumu walau sedikit pun
Aku jahat, tidak bisa menyelesaikan masalahmu
Aku juga gagal menjadi sahabat yang terbaik untukmu
Sungguh, aku kasihan akan dikau
Aku kasihan akan masa depanmu
Aku bimbang dengan tindakan yang bakal engkau lakukan...

Walau apa pun,
Ku tetap berharap
Agar engkau tabah dalam menghadapi ujian itu
Engkau wanita mulia
Sbab itu engkau diuji
Engkau insan terpilih
Sebab itu engkau terpaksa menghadapi ujian itu..
Kuatkan hatimu, kuatkan imanmu
Kebahagiaan akan menjadi milikmu
Suatu hari nanti
Tidak di dunia, di syurga sudah pasti :)

#awak,,sabar yea...Allah sayang awak sebab tu awak di uji... <3

Monday, 21 April 2014

Siapakah Rabiatul Adawiyah?

Assalamualaikum wahai para pejuang Islam.. :)
semalam kawan baik Cik Qieyma bertanyakan tentang Rabiatul Adawiyah.. Erm,,korang tahu tak siapa Rabiatul Adawiyah ni?tak tahu, meh Cik Qieyma nak kabo..hehe.. 

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja.
Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.

Inilah antara serba sedikit tentang siapa itu Rabiatul Adawiyah. Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi tentang kisah-kisah serikandi Islam yang agung ini, korang boleh baca entri ni:  http://srikandislambicarakita.blogspot.com/2011/12/rabiatul-adawiyah.html


Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi
agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.

Biarlah kita tak sehebat dan sewara' Rabiatul Adawiyah asalkan kita tetap berusaha untuk cuba menjadi sehebat dan sewara' beliau.. ^_^

Friday, 18 April 2014

Don't Be SAD



La tahzan…
kenapa harus bersedih? Sedangkan kita berhak untuk bahagia.. apa yang menyebabkan kita sering bersedih..? kerana hati kosong? Isilah dengan zikrullah, kerana putus cinta? Carilah cinta DIA.. kerana masalah yang menghimpit? Redhalah dengan apa yang berlaku.. sungguh, bahagia itu untuk kita, Cuma kita sahaja yang tidak tahu bagaimana untuk membahagiakan hati.. andai kau bersedih, ingatlah masih ada lagi insan lain yang lebih sedih daripadamu..andai engkau sedang terluka, ingatlah masih ramai lagi yang lebih terluka dari dirimu.. ujian?? Memang akan dialami oleh setiap manusia sesuai dengan kesanggupannya..bukankah Dia telah berfirman yang bermaksud:

"Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah : 286)

Nah, apabila di uji dengan pelbagai ujian, jangan pula lupa untuk minta pertolongan dari DIA. Sabar, adalah penawar yang paling mujarab untuk menghadapi ujian tersebut. Jangan pernah kalah dengan ujian tersebut, berhadapanlah dengannya dan kuatkan hati untuk menghadapinya. Innallahama ana J

“Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)

Selain menenangkan jiwa, sabar juga dapat menstabilkan jiwa dan hati yang sedang gundah. Yakinlah dengan janjinya bahawa sabar itu manis. Teruslah bersabar kerana sabar penawar kedukaan..


 #hati kita ini tidak pernah kosong, jika ia tidak diisi dengan ketaatan, bererti di dalamnya ada kemaksiatan.
                                            
“Ya Allah, aku berlindung padaMU dari rasa sesak dada dan gelisah, dan aku berlindung padaMU dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMU dari sifat pengecut dan kedekut, dan aku berlindung padaMU dari lilitan hutang dan dominasi manusia” -ameen-


#coretanhatisheila#


Tuesday, 15 April 2014

Kejutan La Sangatt..

Assalamualaikum...

Lagi 5 mggu akan berhadapan dgn final exam..study??ntah ke mana lg..huhu,,tgh pening dan sibuk dgn esaimen..dan program pon agak byk jgk sem nie..harap2 dgn kesibukan yg melanda ini tdk mengganggu pelajaran aq^^

Actually,,pg2 lg aq dah badmood..mana x tnye, dpt msj,sruh buka wasap,,bila buka je, wasap..dpt gmbr dr seseorg..erm,,memg aq terkjut dgn gmbr tu..sbnrnye lbh kpd malu..huhu,,ade plak dy ambk gmbr aku secara curi..aishh,,mrajuk la kjp,kononnya..hehe,tp aq xmarah pon,,cume mcm yg aq gtau td,,malu! hrp2 lps nie dy xbt lg,,sbnrnye,bkn dia pon,,tp kwn2 dy..isshh,,saje2 je nk kenakan aq...+_+

Emm,,biarlah,bnda dh lps...huhu...sory la awk, sy pantang lau org ambk gmbr curi nieh..huhu...tp,mjur xde yg prsan mood aq xok pg td.. ^_^

Ok,,kesimpulannya,,nak buat kejutan tu tak salah, tp biarlah dgn cara dan keadaan yg betul..sy hrgai kejutan yg awk buat, tp tlg,,jgn bt cmtu lg lps nie...huhh.. :(

#semakin rapat kita dgn seseorang, semakin kita knl siapa dy yg sbnrnye,, 
trima ksih krn jujur..

::QN::


Tuesday, 8 April 2014

JODOH...??



Dalam hidup, kadang-kadang kita lebih banyak mendapat apa yang tidak kita inginkan..begitu juga dengan jodoh, kekadang kita membayangkan hidup kita bersama dia, tetapi sebaliknya yang terjadi.. Allah pertemukan kita dengan orang salah untuk kita belajar tentang kehidupan, kerana dalam hidup ini tidak semudah yang kita impikan, tetapi sekiranya Allah pertemukan kita dengan orang yang tepat, Dia mahu kita belajar tentang syukur agar kita takkan mudah senang dengan kehidupan ini.. semua itu adalah perancangan DIA,, DIA yang berhak dengan siapa patut kita temui..

Jodoh,, jangan terlalu memikirkan sangat tentangnya..kerana jodoh adalah urusan DIA, biar DIA yang tentukan,, Jodoh adalah rahsia DIA, biar DIA yang bongkarkan.. apa yang patut kita fikirkan adalah bagaimana untuk kita persiapkan diri kita untuk bertemu dengan jodoh kita.. Bagaimana kita, begitulah jodoh kita..jangan risau tentang siapa dia, di mana dia dan bila kita akan dipertemukan kerana itu sememangnya akan kita ketahui sedikit masa lagi..kalau tidak di dunia, di syurga sudah pasti.. saat ini, kita perlu lebih memikirkan tentang masa depan kita..memang betul jodoh adalah sebahagian daripada masa depan kita, tetapi biarlah jodoh menjadi rahsia DIA.. perjalanan hidup ini baru sahaja bermula, banyak lagi perkara lain yang perlu kita fikirkan,, biarlah kita berbakti kepada kedua ibu bapa terlebih dahulu sebelum kita berbakti kepada jodoh kita..

Jangan sedih andai diri belum berpunya, jangan berputus asa andai cinta tidak kesampaian, jangan gusar andai diri masih lagi menyendiri, yakinlah akan janji DIA,, setiap manusia mempunyai pasangannya masing-masing..cuma masanya sahaja yang berbeza..teruslah menunggu dengan sabar, di akhirnya engkau akan menemui kebahagiaan..^^

#Jangan terlalu menyayangi seseorang itu selagi tidak ada ikatan yang sah kerana jodoh bukan di tangan kita. Alangkah membazirnya kehidupan kita jika kita mencintai orang yang belum pasti jadi milik kita dan akhirnya kekecewaan menguasai kita.



::BUAT AWAK YANG SEDANG MENANTI CINTA, BUAT AWAK YANG SEDANG KELIRU DENGAN PERASAAN SENDIRI, BUAT AWAK YANG SEDANG DILAMUN CINTA ATAU BUAT AWAK YANG SEDANG MENUNGGU BELAHAN JIWA,, YAKINLAH..DIA PASTI AKAN MEMPERTEMUKAN AWAK DENGAN SI DIA,MOGA KEBAHAGIAAN MENJADI MILIK KITA BERSAMA<3<3<3

with L.O.V.E,
::QN::